berita

Kaki Gamers Di Luar Sana, Game ‘Nightstream’ Bakal Buat Anda Tak Cukup Tidur.. Siap Sedia!

September 15th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Selain daripada permainan video game, fenomena Mobile Games tidak kurang juga hebatnya. Permainan seperti Fortnite, PUBG dan Mobile Legends antara menjadi kegilaan orang ramai. Pemain juga sanggup luangkan masa beberapa jam bersama rakan-rakan untuk bermain game tersebut. Bagi kaki gamers di luar sana, kini tiba masanya untuk anda muat turun game terbaru, iaitu ‘Nightstream’.

Apa yang istimewa mengenai game ini? Jom kita baca info selanjutnya. Tak sabar nak main game tu!

Bakal jadi kegilaan kaki gamers di luar sana!

Bagi anda yang gemar bermain permainan game di telefon pintar, anda boleh muat turun aplikasi game terbaru ‘Nightstream’ di Google Play dan iOS App Store bermula 15 September 2018. Paling best, anda boleh menikmati aplikasi ini secara percuma!

Jadi apakah misi dan bagaimana cara untuk bermain game ini? Nightstream merupakan permainan bertemakan ‘larian tanpa henti’ dimana kesemua karakter harus menjalankan misi untuk melawan kuasa jahat dari syarikat Metronite yang merebut kawalan Nighstream, satu aliran sistem misteri untuk mereka simpan atas tujuan yang tidak baik.

Apa yang menarik mengenai game ini adalah, Nightstream mempunyai satu karakter wanita hijabista bernama Zara. Dia turut melawan kuasa jahat Metronite demi menuntut kematian adik lelakinya. Zara mungkin seorang yang keras kepala dan serius, tetapi rakan-rakan runner yang lain merasakan Zara sebenarnya seorang wanita yang lembut.

Dalam game Nighstream ini, semua runner akan mengambil papan luncur, lompat dan mengembara ke beberapa peringkat untuk mengumpul beberapa objek. Salah satu cabarannya adalah mengelakkan lubang serta drone maut. Laluan lorang dan rel juga tiada di dalam Nighstream.

Menarik bukan? Jadi apa tunggu lagi, jom muat turun ‘Nightstream’ dan ajak rakan-rakan anda yang ‘gila game’ untuk bermain sekali. Untuk ketahui info lanjut, anda boleh layari laman sesawang rasmi Nightstream, dan Facebook Nightstream. Enjoy!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×