Sempena ulang tahun kelahiran bekas isteri, pelakon, Sharnaaz Ahmad telah memuat naik sebuah video di akaun Instagram miliknya dan Jebat. Bukan itu sahaja, pelakon tersebut turut meluahkan rasa bangga kerana Noor Nabila merupakan ibu yang terbaik buat Jebat.
Artikel berkaitan: ‘Jadilah Anak Yang Kuat, Bijak’ – Sharnaaz Ahmad Titip Doa Sempena Ulang Tahun Kelahiran Jebat
Jebat bertuah ada kamu
View this post on Instagram
Menurut Sharnaaz, Jebat bertuah memiliki seorang ibu seperti Nabila. Bukan sahaja memberi kasih sayang, Nabila turut mementingkan pendidikan yang terbaik buat Jebat. Bahkan, segala permintaan Jebat seperti mahukan permainan turut dituruti. Meskipun hubungan Sharnaaz dan Nabila sebagai suami isteri sudah lama berakhir, pelakon ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ itu turut bersyukur kerana diberi peluang untuk membesarkan Jebat.
Jebat is just so lucky to have you. Thank you mummy Noor Nabila.
Baba pandai main jiwa
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Sharnaaz seorang yang baik juga. Ini kerana, dia sentiasa mengutamakan Jebat dan mengenang jasa Noor Nabila sebagai ibu.
Sumber: Sharnaaz Ahmad