berita

Kastam Tahan Wanita Seludup Ular, Lipan Dalam Pakaian Dalam

September 20th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang pemilik kedai haiwan di China telah ditangkap selepas melakukan cubaan untuk menyeludup haiwan dengan menyembunyikannya di dalam pakaian dalam.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dua Ekor Ular Sawa Seberat 32 Kilogram ‘Lepak’ Atas Siling Rumah

Rancang jual di Foshan

Menerusi laporan Mirror UK, Chen, 32, ditemui bersama 15 ekor ular hidup, empat lipan gergasi dan seekor biawak ketika dalam perjalanan dari Hong Kong ke China.

Chen didakwa memasukkan reptilia yang sebahagiannya beracun ke dalam coli dan poketnya dengan harapan dapat memindahkan haiwan berkenaan ke dalam kedainya di China untuk dijual.

Walau bagaimanapun, dia ditahan oleh pegawai kastam selepas dirinya bertindak gementar dan memakai pakaian yang kelihatan besar saiznya.

Hasil pemeriksaan badan kemudiannya mendedahkan Chen berjaya menyembunyikan sembilan ekor ular raja, enam ekor ular hognose, empat lipan gergasi Peru dan biawak genus Anolis, semuanya adalah haiwan eksotik.

Menurut Jabatan Kastam, haiwan berkenaan telah diserahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan untuk diproses.

Dalam pada itu, Chen mengaku dia merancang untuk menjual haiwan itu sebaik saja tiba di Foshan dan dia mengakui pernah berjaya melakukan perkara yang sama pada masa lalu.

Tambahnya, memandangkan haiwan ini sukar untuk ditemui di pasaran China, dia dapat menjual harga yang tinggi kepada pelanggan yang betul- betul menginginkannya untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan atau menggunakannya untuk perubatan tradisional.

Lampropeltis, salah satu ular raja Chen yang dirampas dan ia mempunyai racun yang sangat toksik sehingga boleh membunuh manusia.

Selain itu, Lipan Perunya, Scolopendra gigantea, pula ialah arthropoda besar yang boleh membesar sehingga 11 inci panjang dengan racun yang boleh membawa maut juga.

Mengikut undang-undang China, haiwan yang dibawa ke dalam dan luar negara mestilah dikuarantin terlebih dahulu dan diperiksa oleh pihak berkuasa untuk mencegah spesies asing invasif dan melindungi keselamatan ekologi.

Buat masa ini, Jabatan Kastam masih tidak menyatakan apakah implikasi undang-undang yang dihadapi Chen

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×