berita

[VIDEO] Dua Ekor Ular Sawa Seberat 32 Kilogram ‘Lepak’ Atas Siling Rumah

February 13th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Dua ekor ular sawa ditemui di atas siling sebuah rumah di Lorong Permai Chamang, Bentong kira-kira jam 3 petang. Dipercayai terdapat bunyi seakan benda jatuh sebelum dijumpai.

Artikel Berkaitan: Dah Macam Tarik Tali, Netizen Terhibur Tengok Cara Anggota JPAM Tarik Ular Sawa Dari Enjin Kereta

Artikel Berkaitan: Pelanggan Tak Jadi Basuh Baju, Ular Sawa ‘Lepak’ Dalam Mesin Basuh Dobi

Ular sawa mengawan

Menurut Som Salleh, 57, dia terdengar bunyi seakan sesuatu jatuh apabila sedang berborak dengan anak perempuannya, 26, di dalam bilik.

Menggigil juga dibuatnya sebab ternampak ekor ular sawa keluar dari atas siling yang sudah pecah. Ini kali pertama saya melihat ular sawa batik sebesar itu.

Saya keluar dari rumah dan terus menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Tambah Som, dia sedang berbincang dengan anaknya untuk membeli siling baharu kerana yang lama terdapat pecahan yang perlu ditukar.

Difahamkan, sebelum ini terdapat ular yang masuk ke rumah mangsa namun haiwan tersebut keluar dengan sendirinya. Walaupun masih diselubungi trauma, pesara hospital itu meluahkan rasa syukur kerana tiada sebarang kecederaan berlaku.

32 kilogram

@malaysiagazette

Meremang! Dua ekor ular sawa batik ditemui melingkar di atas siling dalam bilik sebuah rumah di Chamang, Bentong, Pahang. Video : APM Pahang #malaysiagazette #mgnews #APM #APMPahang #ularsawa #ularsawaatassiling #chamang #bentong #pahang

? Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bentong, Leftenan (PA) Azizah Husain memberitahu bahawa seramai empat anggota yang bergegas ke lokasi kejadian dan menemui dua reptilia atas siling rumah tersebut.

Kedua-dua reptilia itu seberat 32 kilogram dan panjang kira-kira hampir lima meter dan seekor lagi seberat 25 kilogram sepanjang lebih empat meter.

Kedua-duanya berjaya ditangkap kira-kira dalam 50 minit menggunakan penjerut.

Susulan daripada itu, Leftenan Azizah turut menasihati orang ramai agar berhati-hati kerana musim panas hampir tiba yang menjadi punca ular akan mencari tempat yang lebih sejuk.

Sumber: Sinar Harian & Tiktok @malaysiagazette

SKIP THIS AD ×