Baru-baru ini, seorang pempengaruh iaitu Adel Asha atau lebih mesra dengan panggilan Elcah mendedahkan telah diceraikan oleh suaminya selepas lapan hari mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Instafamous’ Dedah Bercerai Selepas 8 Hari Kahwin
Terbaharu, pelakon Puteri Sarah Liyana mendakwa ‘diganggu’ oleh bekas suami pempengaruh itu.
‘Nak tumpang glamour ke bro?’
Menerusi hantaran di Instagram semalam, Puteri Sarah meluahkan rasa kesal dengan sikap lelaki berkenaan yang selamba mengaitkan dirinya dalam masalah rumah tangga bersama bekas isterinya itu. Ujar pelakon berusia 38 tahun ini lagi, dia langsung tidak mengenali lelaki terbabit.
Siapa lelaki ni? Aku langsung tak kenal kau tapi daripada bekas isteri kau, yang aku tahu kau seorang lelaki yang narsistik. Kau ada masalah dengan bekas isteri kau then kaitkan dengan aku? Nak tumpang glamour ke bro?
Berang namanya dipetik, Puteri Sarah memberitahu bahawa dia tidak teragak-agak untuk failkan saman sekiranya dirinya terus dikaitkan.
Nak kena saman dengan aku? Dah lah aniaya bini sendiri dan kaitkan dengan aku. Kau ingat aku tak boleh cari kau?
Sebelum ini, kisah Elcah pernah viral apabila dia dan bekas suami pertama membuat keputusan untuk bercerai selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan. Pada 3 Mac lalu, Elcah telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua namun bercerai selepas lapan hari bernikah.
‘Siapa lelaki ni?’
Sumber: Puteri Sarah Liyana