berita

‘Kau Dah Bagi Aku Panas, Lepas Tu Kau Delete’ – Fizi Ali

June 17th, 2022 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Pelakon, Shakilla Khoriri memberitahu hubungannya dengan bekas suami, Fizi Ali berada dalam keadaan yang baik. Bukan itu sahaja, dia tidak tahu langsung mengenai status ‘marah’ yang dimuat naik oleh bekas suaminya itu di media sosial. Ujar Shakilla, dia enggan memberi sebarang komen berhubung status berkenaan.

Artikel berkaitan: ‘Saya Tak Tahu Apa-Apa. Boleh Tanya Dia Sendiri’ – Shakilla Khoriri

Artikel berkaitan: ‘Aku Tak Nak Buka Mulut Sebab Jaga Aib Kau!’ – Fizi Ali Mengamuk Dengan Shakilla Khoriri, Beri Amaran Jangan Cabar Kesabaran

Cantiknya game kau ni

Terbaru, menerusi Instagram Story, Fizi dipercayai masih tidak berpuas hati dengan seseorang. Untuk posting kali ini, Fizi tidak memberi gambaran mengenai siapakah individu yang dimaksudkannya itu. Namun begitu, netizen mendakwa status tersebut masih ditujukan kepada Shakilla. Ini kerana, Fizi menyatakan bahawa dia menerima pelbagai hentaman selepas individu tersebut memadam sebuah komen.

Patut la aku kena kaw-kaw. Kau delete komen kau tu. Faham. Kau dah bagi aku panas, lepas tu kau delete. Faham, cantiknya game kau ni.

Ujar Fizi lagi, individu tersebut mahu menghancurkan kerjayanya dan membiarkan orang lain bercakap buruk tentang dirinya. Sebagai manusia biasa, Fizi mengaku penat dengan dugaan yang datang dan tidak mahu berdiam diri lagi.

Apa lagi yang kau nak hancurkan? Kerjaya aku pula? Biar semua orang benci aku? Biar semua orang mengata aku. Lepas tu aku kena buang kerja. Hidup merempat. Baru kau puas hati. Ya Allah dugaan apa pula kali ini. Penat dah untuk berdiam diri.

Tolong beringat

Di akhir posting, Fizi memberi peringatan buat netizen yang memberi komen negatif terhadap dirinya. Jelas Fizi, salah satu punca kes bunuh diri dan tekanan perasaan di Malaysia adalah kerana komen negatif yang diberikan oleh netizen. Oleh itu, dia berharap netizen berfikir terlebih dahulu sebelum menulis apa jua komen.

Sumber: Fizi Ali

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×