berita

‘Kau Patut Jaga Dia, Bukan Pukul Dia…’

February 14th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Isu keganasan rumah tangga di mana si isteri dipukul oleh suami yang tidak bertanggungjawab bukan satu isu yang baharu di negara kita. Bahkan, menerusi statistik yang dikeluarkan oleh yang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 3,753 kes dicatatkan melibatkan si isteri menjadi mangsa kezaliman suami sendiri.

Pada masa yang sama, lazimnya isteri akan bertindak berdiam diri kerana tidak mahu suaminya ditahan oleh pihak polis. Seperti video yang dikongsi seorang wanita dikenali sebagai Miss Janda di laman TikTok, yang tampil membuat laporan polis selepas mendakwa jirannya telah dizalimi oleh suami sendiri.

Laporan polis dibuat

Menerusi video tersebut, wanita ini mendakwa jirannya telah dipukul oleh suaminya sendiri berikutan terdengar suara jirannya yang menjerit menahan kesakitan. Pada masa yang sama, teori tersebut dikuatkan lagi, apabila anak kepada jirannya turut menjerit supaya ayahnya tidak lagi memukul ibunya.

Kau jangan berani dalam rumah, kau keluar rumah duduk depan ini. Aku cakap dengan kau, jangan berani pukul dia je. Kau dah kahwin dengan dia patut jaga dia, bukan pukul dia. Kau nak aku report polis ke.

Berikutan terdengar jeritan itu, wanita ini tampil untuk berdepan dengan lelaki itu dan mengugut untuk membuat laporan polis jika lelaki itu masih memukul isterinya. Pada masa yang sama, dia sempat mempersoalkan tindakan lelaki itu, yang sepatutnya menjadi pelindung buat keluarganya bukan sebaliknya.

Ok polis sampai, selepas kita buat report. Sebab dia tak nak keluar polis sampai. Kita tengok apa yang terjadi.

Susulan pada itu, wanita ini tampil membuat laporan polis bagi mengelakkan daripada jirannya terus dipukul.

Video penuh

@miss_jandafuck kaki pukul???? bunyi asal – Miss@janda

@miss_jandaok nk cite sis bkn nk sibuk tp wife die menjerit 1 tmn buleh dgr n dgr ank die ckp jgn pukul ibu..tu yg sis kuar sis sound die..? bunyi asal – Miss@janda

Jiran prihatin

Sumber: Miss Janda

SKIP THIS AD ×