![[VIDEO] Liya Maisarah Buat Kejutan Naik Helikopter Sempena Hari Jadi Suami Di Bali – ‘Awak Layak Rasa Dihargai’](https://asset.ohbulan.com/2025/08/liya-maisarah-3.jpg)
Pempengaruh media sosial, Liya Maisarah mencuri perhatian ramai apabila membuat kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Imran Rosli atau lebih dikenali sebagai Vokey.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Liya Maisarah Dedah Pernah Terima Beg Tangan Bernilai RM32k Semasa Bercinta Dengan Suami – ‘Saya Tak Pernah Kikis Dia’
Artikel Berkaitan: Hampir 4 Tahun Menyulam Cinta, ‘Influencer’ Liya Maisarah Sah Bergelar Isteri Imran Vokey
Kejutan buat Vokey

Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial, pasangan romantis itu kini sedang bercuti di Bali, Indonesia.
Namun yang paling mencuri tumpuan adalah momen kejutan istimewa yang dirancang oleh Liya apabila membawa suaminya menaiki helikopter mengelilingi pulau tersebut.
Pasangan itu turut berkongsi momen mesra dan romantis sepanjang percutian mereka sekaligus mencetuskan keterujaan dalam kalangan para pengikut mereka.
‘Selamat hari jadi, bebeh’
Di ruangan kapsyen, Liya memberitahu bahawa niatnya membuat kejutan itu adalah untuk menjadikan ulang tahun kali ini lebih bermakna dengan mencipta kenangan yang tidak akan dilupakan.
Tahun ini saya cuma nak beri sesuatu yang boleh jadi kenangan sampai bila-bila untuk Imran. Saya pilih untuk cipta memori. Saya nak beri sesuatu yang awak akan ingat setiap kali pandang ke langit.
Ini kejutan yang awak langsung tak jangka, sebab awak pun cakap memang tak expect langsung. Tapi saya tahu awak suka benda-benda pelik sikit, nampak yacht nak naik, nampak boat pun nak naik. Saya tahu awak akan suka benda macam ni.
Liya juga meluahkan rasa syukur atas kehadiran Imran yang selama ini menjadi penyokong setia dalam hidupnya.
Dia juga menyifatkan suaminya itu sebagai insan yang sentiasa mengutamakan kebahagiaannya.
Awak sentiasa buat saya ketawa, tenangkan saya bila saya sedih, dan sentiasa dahulukan kebahagiaan saya. Awak tak pernah minta banyak pun, tapi awak layak dapat semuanya dalam dunia ni, bebe.
Selamat hari jadi, bebeh. Saya sayang awak dan harap awak betul-betul menikmati setiap saat semalam. Sebab ni bukan sekadar naik heli saja, tapi sebagai peringatan yang awak juga layak rasa dihargai.
Untuk rekod, Liya dan Imran mendirikan rumah tangga pada 10 Januari lalu.
Sumber: TikTok Liya Maisarah







