berita

‘Kau Tet** Nak Terkeluar Siapa Yang Nak?’ – Wak Doyok Komen Gadis ‘Terpaling Kelab Malam’

January 9th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Wak Doyok

Tindakan usahawan dan pelakon Wak Doyok meninggalkan komen pada sebuah video temu bual seorang wanita yang berkongsi ‘POV’ pakaian lelaki di kelab malam telah mencuri perhatian wargamaya.

Artikel Berkaitan: Aku Yang Cium, Kau Yang Panas

Artikel Berkaitan: Nak Berniaga Tak Salah, Create Your Own Brand – Jutawan Barang Ciplak Dicekup, Ini Respon Wak Doyok

‘Gadis terpaling kelab malam’

Wak Doyok

Menerusi komen yang ditinggalkan, Wak Doyok dilihat kurang bersetuju dengan pandangan wanita berkenaan yang menilai lelaki melalui cara pemakaian.

Kau tu tet** dah nak terkeluar siapa je yang nak?

Komen tersebut telah mengundang rasa terhibur orang ramai selain ada yang bersetuju dengan usahawan berusia 44 tahun itu.

Terdahulu, tular sepotong video temu bual di platform X memperlihatkan seorang wanita yang berkongsi pandangannya mengenai cara pemakaian kebanyakkan lelaki yang datang ke kelab malam.

Kata wanita terbabit, dia akan berasa ‘turn off’ dengan lelaki yang hanya mengenakan baju polos bewarna hitam ketika datang ke tempat hiburan tersebut.

Selain itu, wanita berkenaan berkata dia juga akan mengelak daripada bergaul dengan mana-mana lelaki yang ketinggiannya kurang daripadanya.

Bagaimanapun, jawapan wanita itu telah menerima kecaman orang ramai.

Sumber: X

SKIP THIS AD ×