berita

Kawan Baik Tampil ‘Backup’, Dedah Syada Amzah Macam Nak Mamp** Cari Kerja – ‘Cuma Rezeki Tak Sehebat Shila’

October 13th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

elcah back up syada

Personaliti media sosial, Elcah yang juga merupakan kawan baik kepada penyanyi, Syada Amzah turut terkena tempias dengan pergaduhan keluarga Datuk ND Lala dan Fauziah Sarman.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adik Lelaki Sulung Dakwa Shila Amzah Terajang Pintu, Pernah Janji Tak Akan Jual Rumah Pusaka – ‘Dia Ingat Duit Boleh Bawa Mati’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adik Lelaki Shila Amzah Nafi ‘Biawak Hidup’, Bekerja Dalam Industri Seni Juga – ‘Nak Pergi China Nanti’

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Kakak Meninggal, Barulah Rumah Itu Jadi Pusaka’

Separuh mati cari kerja

syada amzah

Menerusi hantaran di Instagram Story, Elcah menjawab dakwaan yang mengatakan Syada tidak bekerja dan hanya mengharap duit daripada Shila.

Kata Elcah, penyanyi berumur 25 tahun itu bekerja keras mencari rezeki bagi menyara kehidupan sendiri. Bagaimanapun jelasnya, rezeki Syada tidak serancak seperti kakaknya yang ‘back to back’ keluar bekerja.

Untuk sesiapa yang suruh aku pesan ke Syada pergi kerja. Macam mana korang tahu Syada tak kerja? Kau tak tahu dia macam nak mampos kerja, cari job sana sini.

Usaha sana sini tetapi Allah dah tetapkan di situ sahaja rezekinya, tak sehebat kakaknya. Lepastu kau nak suruh Syada buat apa? Salahkan Tuhan ke?

Hormat Mama Zie

Shila Amzah Fauziah Sarman

Tambah Elcah, dia mengenali keluarga ND Lala dan Fauziah sudah lebih 10 tahun. Elcah menyifatkan ahli keluarga ini mempunyai akhlak yang baik bukan seperti yang dipertonton di media sosial.

Bagi saya, keluarga ini sangat baik. Cuma ada salah faham adik-beradik. Sebab saya rapat dengan keluarga ini sudah lebih 10 tahun. Media sosial ini apa yang korang nampak saja, di sebalik itu korang tak tahu pun. Kakak dan adik ni baik.

Dalam pada itu, ‘influencer’ cantik ini turut memohon agar netizen berhenti menyerang akaun Instagram (IG) Fauziah atau lebih mesra dikenali Mama Zie kerana wanita itu sudah cukup sakit dengan pergolakan rumah tangga disusuli dengan kes penceraian.

Terdahulu, perang antara adik beradik Syada bermula selepas kakaknya yang juga penyanyi terkenal Shila Amzah mengaku mahu menjual rumah banglo yang didiami keluarganya.

Menurut Shila, tujuan dia mahu menjual kediaman tersebut kerana ingin membelikan sebuah kondo yang baharu.

Bagaimanapun, kenyataan Shila telah dinafikan oleh dua adik beradiknya iaitu Syada dan Amir Syafiq.

Syafiq mendakwa, penyanyi berusia 33 tahun itu mahu menjual rumah berkenaan disebabkan wang.

Sementara itu, Syada mendakwa dia dan keluarga telah dihalau dan dilayan seperti haiwan jalanan.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×