berita

Shila Amzah Mengaku Nak Jual Banglo Didiami Keluarga – ‘Rumah Itu Kusam & Sedih, Saya Mahu Belikan Kondo Baru’

October 11th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Shila Amzah Syada Amzah

Penyanyi Shila Amzah mengakui dirinya mengambil keputusan untuk menjual rumah banglo yang didiami oleh keluarganya.

Artikel Berkaitan: ‘Keep Things In The Fam’ – Shila Amzah Tegur Syada?

Artikel Berkaitan: Syada Amzah Kunci Mulut, Enggan Ulas Dakwaan Dihalau Dari Rumah

Mahukan belikan rumah baru

Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, dia mahu menjual rumah tersebut disebabkan terlalu besar sehingga tidak terjaga.

Malah, Shila menjelaskan rumah tersebut penuh dengan peristiwa hitam.

Bila parents kita bercerai, rumah itu ada kenangan tak best. Jadi, memandangkan rumah itu saya punya (rumah yang keluarga tinggal). Rumah tu sangat besar, yang duduk dalam lima orang.

Ada tujuh bilik, ruang tamu besar, banglo lot, ada dua dapur, rumah kucing ada tiga, rumah itu tak ada maid. Cuba bayangkan, diorang tak dapat nak jaga bil semua.

Jadi saya nak dapatkan tempat baru, suasana baru selepas saya jual rumah itu, lagi sihat la. Takkan saya nak biarkan, tengok rumah itu kusam dan sedih, saya nak beri rumah yang lebih.

Shila memaklumkan mengenai perkara itu ketika membuat siaran langsung di TikTok dan dimuat naik semula di akaun YouTube Mk Media Malaysia.

Dalam pada itu, pelantun lagu Patah Seribu itu seakan meluahkan rasa kecil hati apabila dia dianggap seperti orang jahat disebabkan membuat keputusan demi kebaikan semua.

Saya dah kahwin, dah ada keluarga sendiri tapi saya masih fikir keluarga saya lagi. Saya nak cari lagi selesa, senang kemas dan jaga.

Saya dah jadi ketua keluarga, sebab tak ada orang lain yang ambil benda ni. Memang lebih baik jual, tapi masing-masing macam letakkan saya seperti orang yang jahat.  Rumah itu memang nama saya, saya nak cari kondo yang tak payah jaga luar.

Sesiapa yang bekerja keras cari duit dari kecil, tahu la benda ini. Orang yang memang tak cari duit sendiri, yang memang makan bersuap, senang cakap. Benda orang tak nampak, tapi senang salahkan kita. Nasib baik Ubai ada.

Terdahulu, adik kepada Shila iaitu penyanyi Syada Amzah mendedahkan seorang individu tidak dikenali tiba-tiba datang ke rumahnya untuk melihat kediaman tersebut.

Dia turut mendakwa seperti dihalau daripada rumah sendiri sehingga menyifatkan dirinya bagai haiwan jalanan.

SKIP THIS AD ×