Duit raya anak sulung pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz iaitu Muhammad Bilal menjadi bualan ramai apabila berjaya mengumpul sebanyak RM14,020 selama seminggu beraya.
Artikel Berkaitan: Anak Neelofa Dapat Duit Raya RM14 Ribu
Artikel Berkaitan: Tak Beli Baju Raya Banyak Untuk Bilal, Neelofa & Haris Ismail Lebih Pentingkan Kesihatan
Rezeki untuk Bilal
Mengulas lanjut topik popular itu ketika menghadiri program MeleTOP, Neelofa, 34, menyatakan dia tidak perasan pada awalnya dengan kewujudan duit 1000 Dirham.
Namun, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor bersyukur dengan rezeki yang diberikan kepada anak lelakinya itu.
Kami tak perasan pun (1000 Dirham).. Waktu itu saya bagitahu nak buka akaun bank (masa buka sampul). Bila kira-kira alhamdulillah.
Yang datang pula kawan-kawan mak, saudara dari Kelantan dan Besut, Terengganu yang kirim. Rezeki si kecil itu (Bilal).
Mata asyik melilau
Bercerita perasaan menyambut raya bersama Bilal buat kali pertama, usahawan terkenal ini akui gembira namun tetap ada perasaan risau memikirkan keadaan anak yang bertemu ramai orang.
Semestinya alhamdulillah..rasa gembira. Tapi bila dah jadi mak ini, mesti fikir keadaan anak, dia lapar ke, nak tidur ke, dia selesa ke.. Masa makan pun mata melilau tengok anak. Sana sini orang pass (pegang) anak.
Pada 1 Syawal lalu, buat pertama kali Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnyaMuhammad Haris Mohd Ismail berkongsi gambar keluarga di Instagram (IG). Bagaimanapun, pasangan itu masih kekal dengan pendirian untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Sumber: Instagram @meletop