
Pelakon dan penyanyi, Kazar Saisi menegaskan dia tidak pernah merasakan dirinya diboikot oleh mana-mana pihak produksi susulan kemelut rumah tangga yang melibatkan anaknya, Ira Kazar.
Artikel Berkaitan: ‘Yang Penting Bukan Nak Sondol Suami Kamu’ – Ira Kazar
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof & Ira Kazar Sah Bercerai Talak Satu, Perkahwinan Hanya Bertahan Hampir Dua Tahun
Kazar Saisi nafi diboikot

Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi, 57, berkata, dia bersyukur kerana rezekinya dalam bidang lakonan masih berterusan dan tidak pernah terputus untuk tempoh yang lama.
Saya tidak rasa diboikot. Sebabnya, tidak ramai pelakon yang seusia saya, jadi alhamdulillah tawaran berlakon untuk saya sentiasa ada.
Saya tidak pernah dengar atau nampak ada pihak produksi yang memboikot. Kalau stesen televisyen itu saya tidak pasti, tetapi setahu saya, tidak pernah ada masalah dengan mana-mana pihak. Saya percaya pada rezeki Allah.
Kazar berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran buku Sentuhan Emas Lagu-Lagu Tan Sri Dr Ahmad Nawab yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Kazar turut menjelaskan dia kurang muncul di kaca televisyen sebelum ini bukan disebabkan isu membabitkan anaknya, sebaliknya dipengaruhi keadaan industri yang agak perlahan ketika itu.
Kalau sebelum ini nampak saya kurang berlakon, bukan kerana isu tersebut. Mungkin ketika itu industri seni kita agak perlahan. Bukan saya seorang sahaja, pelakon lain juga ada masa tiada tawaran.
Paling lama saya tiada tawaran berlakon pun sekitar tiga bulan sahaja. Tempoh tiga hingga empat bulan tanpa ‘job’ itu perkara biasa bagi seorang pelakon.
Selepas tiga bulan berehat, akan datang semula tawaran. Walaupun tidak banyak, saya tetap bersyukur. Setakat ini, saya masih ada kerja.








