berita

Keadaan Kesihatan Semakin Pulih, Jasmin Hamid Boleh Keluar Hospital

June 4th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, pelakon, Jasmin Hamid dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) setelah mengalami serangan jantung baru-baru ini.

Artikel berkaitan: Dimasukkan Ke CCU, Jasmin Hamid Kena Serangan Jantung

Terbaru, Jasmin telah dibenarkan keluar daripada hospital.

Allah maha baik

Allah Maha Baik. Syukur Alhamdulillah. Dengan izin Allah dan berkat doa suami, anak-anak, adik beradik, mertua, family, sanak saudara, kenalan dan kalian semua.

Menurut Jasmin, dia semakin sihat dan sudah dibenarkan keluar dari hospital petang ini. Tambahnya, ini merupakan pengalaman kali pertama terkena serangan jantung. Sebagai insan biasa, Jasmin berterima kasih kepada semua doktor dan jururawat yang bertungkus-lumus merawatnya sehingga kembali sihat.

Terima kasih juga buat sanak saudara, sahabat handai yang sempat ziarah saya di hospital. Terima kasih juga pada semua yang sayang saya sebab tak henti-henti bertanyakan khabar saya dan mendoakan kesihatan saya.

Sumber: Jasmin Hamid

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×