berita

Kebakaran Makin Teruk, Penganut Kristian Sertai Muslim Australia Berdoa Mohon Hujan

January 5th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Kebakaran hutan yang berlaku di Mallacoota, Australia menjadi semakin teruk apabila langit bertukar merah darah akibat daripada kebakaran. Pasukan tentera dan penyelamat telah memindahkan lebih 4,000 penduduk di daerah tersebut dan menyelamatkan haiwan.

Apa yang lebih menjadi tumpuan adalah sekumpulan penganut Islam dan Kristian di negara tersebut bersama sertai acara solat dan berdoa agar Tuhan menurunkan hujan membasahi bumi Mallacoota.

5 juta hektar musnah

Kebakaran hutan yang berlaku di Australia telah mencecah 5 juta hektar yang turut memusnahkan 1,500 rumah dan menyebabkan 23 dilaporkan meninggal dunia. Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian khuatir angin kencang bakal memburukkan situasi kebakaran hutan di negeri tersebut.

I joined with my Muslim friends

Photo credit: Mail Online

Susulan dari itu, Mail Online melaporkan sekumpulan penganut agama Islam warganegara Australia melakukan solat dan berdoa memohon agar hujan membasahi bumi. Sepertimana sedia maklum, New South Wales mencatat 148 titik panas dan diisytiharkan dalam keadaan bahaya.

Acara solat hajat ini disertai lebih 50 jemaah termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak yang telah diadakan di Bonython Park, Adealaide. Sementara itu, Priest Patrick McInerney dari Pusat Hubungan Kristian-Muslim turut sertai upacara berdoa ini.

Today I joined with my Muslim sisters and brothers in Adelaide in prayer for rain. My friend, Professor Mohamad Abdalla, gave the khutbah (sermon) emphasising repentance and reliance on God who is Merciful Provider.

Tambahnya lagi, rakannya iaitu Professor Mohamad Abdalla turut memberi khutbah sebelum jemaah memulakan solat dan berdoa agar dipemudahkan urusan mereka di sana.

Pray for Australia

https://www.facebook.com/shishir.gautam.7982/videos/452988798716145/

Langit merah darah

Photo credit: Nendoroid News

Photo credit: Nendoroid News

Photo credit: Nendoroid News

Photo credit: Nendoroid News

Photo credit: Nendoroid News

Sumber: MailOnline, Shishir Gautam

SKIP THIS AD ×