Selepas 10 tahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Raysha Rizrose akhirnya sah bergelar isteri kepada usahawan dan pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri, pada 22 Februari yang lalu.
Artikel berkaitan: Raysha Rizrose Sah Jadi Isteri Pelumba Kereta F3
Artikel Berkaitan: Sudah Bertunang 22 Disember Lalu, Raysha Rizrose Bakal Tamat Zaman Bujang Tidak Lama Lagi
Menurut Raysha, selama ini Nabil sentiasa menjadi inspirasi dalam hidupya bahkan, sentiasa mendorong dirinya menjadi lebih baik.
Sentiasa ada ketika perlu
Menurut Nabil pula, dia terpikat dengan kebijaksanaan yang dimiliki oleh Raysha.
Dia sentiasa ada ketika saya memerlukannya. Di saat saya berada di tahap yang paling bawah dan sedih, dia tidak pernah berpaling daripada saya. Dia seorang yang memahami dan matang. Di samping itu, dia pandai membawa diri, sopan santun dan menghormati orang.
Tambah Nabil, isterinya juga seorang yang jujur dan ikhlas dalam setiap perkara yang dilakukan. Ujar Nabil, Raysha juga memahami jadual dan tuntutan kerjanya.
Ada ketika saya perlu berada di luar negara kerana urusan kerja, dia umpama begitu dekat dengan diri ini menyokong dari kejauhan.