Pelakon jelita, Raysha Rizrose, 27, memaklumkan dirinya sudah selamat bertunang dengan kekasihnya yang merupakan pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri, 30, dalam satu majlis tertutup pada 22 Disember lalu dan bukanlah pada Selasa (14 Februari) baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Pernah Putus Cinta Selama Empat Bulan, Raysha Rizrose Sedia Kahwin Dengan Pelumba Kereta
Artikel Berkaitan: Sakan Bercuti Bersama Keluarga, Nelydia Senrose Tak Berhijab?
Bukan tunang pada Selasa
Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz menjelaskan, kini baru bersedia untuk berkongsi perkara itu kepada umum walaupun sudah bergelar tunangan orang sejak sebulan lalu di samping mengakui bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Saya bertunang pada 22 Disember, tahun lalu dan baru sekarang memutuskan untuk berkongsi berita pada hari ini sebab saya fikir jarak kami bertunang dan berkahwin agak lama, jadi saya rasa perlu berkongsi.
Walaupun orang kata bertunang tak perlu dihebohkan, hanya nikah yang perlu dikongsikan. Tetapi, saya rasa mahu berkongsi dengan rakan media dan peminat saya sudah bertunang.
Dalam pada itu, Raysha turut memberitahu dia sedang sibuk melakukan persiapan untuk hari bahagianya itu. Bagaimanapun, bekas peserta Dewi Remaja ini belum bersedia untuk berkongsi tarikh pernikahan tersebut, namun akan mengumumkan apabila tiba waktunya.
In Shaa Allah, saya sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan, tidak lama sahaja lagi. Doakanlah semoga semuanya dipermudahkan. Saya belum boleh berkongsi tarikh nikah, tetapi insya-Allah, tidak lama lagi. Jujurnya, saya juga takut jadi apa-apa.
Selasa lalu, pelakon berusia 27 tahun ini berkongsi momen bahagia itu di laman Instagramnya (IG) dengan kapsyen ringkas.
Alhamdulillah, saya dengan rasminya bertunang.
Sumber: Berita Harian & Raysha Rizrose