berita

Keceriaan Anak-Anak Yatim, Terserlah Dengan Sambutan Penuh Bermakna Ini. Terima Kasih Mekdi!

October 17th, 2023 | by Syamirul
Sponsored Post

McDonald’s Malaysia berganding bahu bersama Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia meneruskan usaha dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak melalui program Bulan Komuniti yang dikhususkan pada bulan Oktober setiap tahun.

Melalui program ini, McDonald’s Malaysia telah memperuntukan sebanyak RM300,000 bagi meraikan sambutan hari jadi melibatkan 12,000 anak yatim dari 400 buah rumah kebajikan. Hebat kan!

Memang beruntung tau adik-adik kita ni semua. Semoga sambutan ini mampu menceriakan mereka.

Tak salah bahagiakan anak-anak yatim!

Selepas sambutan hari jadi di McDonald’s Pantai Sentral Park baru-baru ini, McDonald’s Malaysia telah memilih Yayasan An-Nur Maisarah in Chemor, Perak, sebagai lokasi seterusnya dalam usaha untuk meraikan hari jadi dan menceriakan anak-anak yatim disana.

Majlis sambutan hari jadi yang diadakan di Yayasan An-Nur Maisarah ini merupakan antara majlis sambutan hari jadi terawal yang dianjurkan bagi membuka tirai Bulan Komuniti McDonald’s pada tahun ini.

Acara seperti ini akan terus diadakan sehingga penghujung Oktober, sama ada di rumah kebajikan kanak-kanak atau di restoran McDonald’s.

Kalau korang nak tahu, Bulan Komuniti ini merupakan salah satu program kemasyarakatan dibawah Program Komuniti McDonald’s dan RMHC yang telah ada sejak 2017 lagi tau.

Menurut Pengarah Urusan Dan Rakan Operasi Tempatan, Dato’ Azmir Jaafar, ini lah cari McDonald’s menyumbang kembali kepada masyarakat yang sentiasa menyokong McDonald’s selami ini.

“Sambutan hari jadi merupakan peristiwa yang sangat bermakna buat seseorang. Sambutan hari jadi yang meriah memang menjadi kepakaran kami dan setiap kali sambutan ini diadakan, kami dapat melihat senyuman yang terukir di bibir mereka” – Dato’ Azmir Jaafar

‘Ibu’ sangat berterima kasih dengan Mekdi!

Pengetua Yayasan An-Nur Maisarah, Fazillah Nordin atau lebih dikenali sebagai ‘ibu’, melahirkan rasa syukur dan berterima kasih yang tak terhingga kepada McDonald’s Malaysia kerana memilih rumah kebajikan Yayasan An-Nur Maisarah untuk menjayakan Program Komuniti ini.

“Ini merupakan kali pertama kami bekerjasama dengan McDonald’s, meraikan sambutan hari jadi secara besar-besaran. Keterujaan ini dirasai dengan kehadiran kek hari jadi yang besar, dekorasi yang berwarna-warni, permainan yang menarik untuk anak-anak ini” – Fazillah Nordin

Bukan setakat tu je, McDonald’s Malaysia siap hadiahkan adik-adik ni, Pek Kembali ke Sekolah tau, macam ni barulah excited nak masuk sekolah nanti betul tak? Hehehe!

Apa yang buatkan min rasa terharu ialah, bila adik-adik ni semua tersenyum kegembiraan bila dapat Pek Kembali ke Sekolah ni. Ianya memang sangat bermakna buat mereka!

Seronok adik-adik ni main dengan kakak Mekdi eh!

Mentang-mentang, kakak Mekdi ni semua cantik-cantik, makin seronok adik-adik ni bermain, ada tu siap bagi pickup line lagi tau. Memang mantap!

Macam-macam aktiviti yang menarik ada antaranya, chicken dance, musical chairs, bola beracun, menari dan macam-macam lagi lah. Berpeluh lah jugak min join!

Bukan setakat adik-adik ni je join, dengan min sekali join, seronok punya pasal!

Sambutan hari jadi ini juga, dimeriahkan lagi dengan kehadiran pengacara popular, Fara Fauzana serta beberapa rakan artis dan social media influencer yang lain. Best nya!

Siap dapat Happy Meal lagi tau!

Mungkin ada yang berpendapat,

Alah Happy Meal je pun!

Tapi korang tau tak yang tak semua orang dapat apa yang kita dapat, mungkin korang rasa Happy Meal ni merupakan hidangan yang biasa tapi tidak buat adik-adik ni semua.

Mereka memang betul-betul teruja bila kakak Mekdi bagi hidangan Happy Meal ni untuk kanak-kanak berumur bawah 12 tahun dan double cheese burger, fries, chicken McNuggets dan apple pie untuk mereka yang berumur atas 12 tahun.

Berselera betul mereka makan!

Sumbangan RM5000 buat Yayasan An-Nur Maisarah!

McDonald’s Malaysia juga turut menyumbangkan wang sejumlah RM5000 kepada Yayasan An-Nur Maisarah untuk perbelanjaan harian mereka.

Min memang respect lah dengan usaha McDonald’s ni untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Program Komuniti McDonald’s & RMHC merupakan payung besar bagi segenap aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan sepanjang tahun oleh McDonald’s Malaysia. Program Komuniti ini bakal memberi fokus utama kepada golongan yang kurang bernasib baik” – Dato’ Azmir Jaafar.

Jom meriahkan Karnival Famili Mekdi!

Wehhh, biar betul McDonald’s Malaysia nak buat Karnival Famili Mekdi yang pertama? Yaaa, karnival ini ada diadakan di cawangan :

  • McDonald’s Putrajaya DT : 28 Oktober 2023 hingga 29 Oktober 2023. 
  • Penang Auto City : 4 November 2023 hingga 5 November 2023
  • Mutiara Rini, Johor : 10 November 2023 hingga 11 November 2023

Tunggu apa lagi, jom kita meriahkan Karnival Famili Mekdi ni!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman Facebook atau Instagram mereka. I’m Lovin’ It!

SKIP THIS AD ×