berita

Kecewa Result Exam Anak Ada Gred B, Ibu Teruk Dikecam Netizen – ‘Hargailah Usaha Dia’

February 1st, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Tak kira apa pun keputusan yang diperolehi oleh anak-anak, sudah pasti ibu bapa akan berbangga dengan anak mereka yang sudah bertungkus-lumus untuk mendapatkan markah terbaik di dalam peperiksaan.

Namun, lain pula dengan seorang individu ini apabila dia secara terbuka meluahkan kekecewaannya selepas melihat keputusan peperiksaan anaknya di media sosial.

Artikel Berkaitan: Guru Kecewa Ditengking Calon SPM Kerana Kejut Tidur Semasa Peperiksaan

Kecewa ada gred ‘B’

Kekecewaan wanita itu dikongsikan seorang individu yang menggunakan nama @liyanaliyana menerusi ciapan yang dimuat naik di aplikasi X.

Menerusi ciapan tersebut, Liyana memuat naik tangkap layar memaparkan keputusan cemerlang iaitu 8A dan 3B yang diraih seorang pelajar wanita di dalam peperiksaannya baru-baru ini.

Namun begitu, dapat dilihat ibu kepada pelajar berkenaan begitu kecewa kerana anaknya itu tidak berjaya mendapatkan gred A sepenuhnya di dalam peperiksaan.

Baru tengok keputusan peperiksaan akhir tahun Nurhany tadi. Alahai Hany, parah-parah. Semua mata pelajaran aliran sains dia menurun.

Tahun depan dah nak duduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), waktu cuti sekolah suruh pergi kelas tambahan tak nak.

Tengok itu, semua mata pelajaran sains dah ‘drop’.

Ciapan tersebut turut mendapat perhatian daripada netizen yang ternyata tidak bersetuju dengan individu berkenaan yang dilihat tidak menghargai usaha anaknya itu.

Menurut netizen, keputusan peperiksaan anaknya itu sangat cemerlang dan tidaklah teruk seperti yang disangkakan individu terbabit.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang memuji serta memberikan kata-kata semangat buat pelajar itu kerana berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Komen netizen

Sumber: Aplikasi X

SKIP THIS AD ×