
Seorang ibu meluahkan rasa kecewa selepas anaknya bergaduh di sekolah gara-gara keputusan perlawanan akhir Piala Dunia 2026 yang berlangsung baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Suami Meraung Didakwa Bertaruh Cerai Isteri Talak Tiga Jika Argentina Kalah, Ini Penjelasan Dr Zulkifli
Artikel Berkaitan: Argentina Tewas, Terima Tamparan ‘Paling Memalukan’ Di Final World Cup 2026
Bergaduh di sekolah

Menerusi perkongsian di Threads, wanita tersebut berkata, dia menerima panggilan daripada guru memaklumkan bahawa anaknya terlibat dalam sebuah insiden di sekolah sehingga cedera.
Menurut guru terbabit, anak wanita itu mengalami luka dan berdarah di bahagian perut, namun telah dirawat oleh pihak sekolah.
Ustaz kata, ‘anak puan ejek mengejek dalam kelas, kawan marah dan campak kotak pensel yang ada gunting dan terkena perut anak puan..ada luka.’
Sebelum letak saya minta maaf dan minta pihak sekolah buat perkara yang sepatutnya supaya tak melarat (luka). Saya cakap juga yang saya akan ambil tindakan di rumah.
Wanita itu kemudian menghubungi suaminya dan memaklumkan tentang kejadian tersebut.
Saya tarik nafas panjang-panjang, telefon dan beritahu suami. Dia kata tak apa nanti masa makan tengah hari dia balik rumah untuk tengok luka.
Semua macam biasa sebab mak ayah banyak kerja, kena jaga emosi juga. Tapi malam tadi memang dia mendapatlah.
Tambah wanita itu, kejadian berkenaan adalah disebabkan anaknya yang didakwa mencetuskan pergaduhan tentang perlawanan bola sepak.
Walau bagaimanapun, suami wanita itu telah mengambil tindakan terhadap anak mereka di atas kesalahannya.
Puncanya, budak tu sokong Argentina anak saya sokong Sepanyol. Jadi dah boleh agak siapa punca mengejek.
Itu yang teruk kena ‘tambah’ dengan babah dia.
Walaupun yang berdarah itu anak saya, tapi disebabkan dia juga punca memang ‘selamatlah’. Saya cuma mampu intai dari tepi je, jangan buat lagi tau.
Sumber: Threads








