Tiada angin tiada ribut. Tiba-tiba sahaja rumah tangga pelakon Siti Saleha dan suami, Ahmad Lufti Azhar mendapat liputan hangat apabila dikatakan sedang bergolak.
Mengaku dah fail penceraian
Enggan membiarkan terus menjadi persoalan, Siti Saleha, 31, akhirnya membuka mulut mengesahkan kehadirannya ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor bagi memfailkan kes cerai ke atas suaminya, Ahmad Lufti Azhar.
Siti Saleha atau nama lengkapnya Siti Saleha Mohd. Baharum, memberitahu, dia cuma boleh berkongsi telah hadir ke mahkamah untuk memfailkan perceraian atas kebenaran mahkamah.
Apa yang saya boleh cakap ialah, ya, saya failkan kes cerai dengan kebenaran mahkamah. Itu sahaja. Selanjutnya saya tidak mahu komen. Terima kasih.
Enggan ulas banyak
Bagaimanapun, pelakon 7 Hari Mencintaiku itu enggan mendedahkan secara terperinci tentang tindakan nekadnya memfailkan perceraian ke atas Ahmad Lutfi, 35.
Hari ini, media melaporkan bahawa Siti Saleha dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang untuk sebutan kes cerai ke atas suaminya.
Prosiding tersebut telah dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Hairuddin Ab. Rahim yang berlangsung sekitar pukul 10 pagi yang turut dihadiri Ahmad Lutfi.
Terdahulu, Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017. Bagaimanapun perkahwinan mereka tidak dikurniakan rezeki menimang cahaya mata.
Sumber: Kosmo