berita

Kecoh Suami Penyanyi Kahwini ‘Babysitter’ Lepas Sebulan Cerai, Kini Dipecat Daripada Jawatan CEO

February 24th, 2022 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Foto: Mawar, Steno dan anak-anak

Sebelum ini, penyanyi dari Indonesia iaitu Mawar Dhimas Febra mendakwa bekas suaminya iaitu Steno Ricardo telah menjalinkan hubungan sulit dengan pengasuh anaknya iaitu Susi.

Malah Steno juga dipercayai sudah mendirikan rumah tangga bersama Susi pada 21 Februari 2022 iaitu selepas sebulan dia dan Mawar bercerai.

Artikel Berkaitan: Baru Sebulan Cerai Terus Kahwin Lain, Penyanyi Terkilan Suami Kantoi Curang Dengan ‘Babysitter’

Tuduh Mawar ada skandal

Foto: Mawar dan Steno

Menerusi laporan media tempatan sebelum ini, Steno Ricardo tampil menafikan dakwaan Mawar yang menuduh dirinya berlaku curang dengan babysitter, Susi.

Tidak terhenti di situ, Mawar sekali lagi tampil mendakwa sebenarnya sebelum ini, bekas suaminya itu sengaja mereka cerita bahawa Mawar mempunyai skandal dengan lelaki lain semata-mata mahu mempercepatkan proses talak.

Dia paksa saya tandatangan. Suami ugut saya tak boleh jumpa anak-anak. Dia tahu kelemahan saya. Saya rela ikut semua kehendak dia daripada tak dapat jumpa anak. Bagi saya, anak-anak adalah segalanya. Saya juga tak dibenarkan lantik peguam sendiri.

Dipecat dari jawatan CEO

Foto: Steno dan Susi (Yansen Photography)

Dakwa Mawar lagi, Steno juga merupakan individu yang membawa Susi dan ibunya ke rumah mereka untuk bekerja sebagai babysitter. Malah sepanjang tempoh Susi bekerja, banyak perkara mencurigakan berlaku. Rupa-rupanya semasa proses talak berlangsung, Steno atau nama samarannya Marsani Lempar Lembing dan Susi dikatakan sudah tinggal sebumbung.

Lepas sebulan, Susi berhenti kerja dan pulang ke kampung. Suami pula pujuk minta dia bekerja semula. Jadi Susi pun datang semula tapi sebulan kemudian dia berhenti kerja lagi. 2 bulan Susi menghilang, tiba-tiba suami beritahu Susi nak datang kerja balik. Tapi lepas 2 minggu pulang bekerja, tiba-tiba saya pula ditalakkan suami.

Terbaru menerusi satu perkongsian di Instagram, syarikat tempat Steno Ricardo bekerja membuat keputusan untuk melucutkan jawatan Steno sebagai CEO. Keputusan drastik itu dibuat kerana mereka tidak mahu syarikat terkena tempias disebabkan kontroversi yang melanda Steno.

Sumber: Hai Bunda, Instagram, Liputa6, Kapan Lagi, Tribunnews

SKIP THIS AD ×