Perdana Menteri sebentar tadi mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di 6 negeri berikutan peningkatan kes baharu Covid-19.
Artikel Berkaitan: ‘PKP Di 6 Negeri Bermula 13 Januari 2021 ‘ – Perdana Menteri
Sepanjang pelaksanaan PKP, kedai makan dan gerai penjaja dibenarkan beroperasi hanya untuk perkhidmatan ‘take away’ atau pandu lalu sahaja.
Penghantaran makanan seperti biasa
Manakala negeri lain yang berada di bawah pelaksanaan PKPB dan PKPP, kedua duanya dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan. Sementara itu, perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Bagi tujuan membeli barangan keperluan, hanya dua anggota isi rumah sahaja dibenarkan keluar ke pasar raya atau kedai runcit untuk membeli barangan keperluan harian.