Pada Jumaat lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 yang menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini.
Artikel Berkaitan : ‘PM Akan Umum Sesuatu Dalam Masa Terdekat’ – Datuk Seri Ismail Sabri
Terbaru, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikuatkuasa bermula 12.01 tengah malam ini pada 13 Januari 2021 ke atas 6 buah negeri iaitu Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Pulau Pinang.
Dijangka semakin teruk jika tidak dikawal
Walaupun baru 10 hari di tahun baru, 2021 Malaysia mencatatkan kes Covid-19 yang semakin meningkat berbanding tahun lalu. Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut melahirkan kebimbangan terhadap jumlah 71 kes kematian tinggi setakat ini. Menurut Muhiyiddin Yassin angka ini dijangka semakin meningkat sehingga 8000 kes pada bulan Mei tahun ini jika perkara ini tidak dikawal.
Perkara ini sangat membimbangkan dan satu tindakan tegas perlu diambil untuk mengawal pandemik ini. Kerajaan turut mendengar luahan rakyat yang bimbang akan kes kebelakangan ini.
Tidak dinafikan, pandemik ini membuatkan barisan hadapan penat. Malah, fasiliti fasiliti di hospital juga dilihat tidak lagi dapat menampung pesakit Covid-19 iaitu mencapai lebih 70% di kebanyakkan hospital-hospital seluruh negara.
PKP bermula Rabu ini
Pertambahan kes yang tinggi mengakibatkan kesan yang teruk kepada negara. Ini menyukarkan untuk menambahkan katil-katil untuk pesakit dalam Unit Rawatan Rapi.
Justeru itu, atas dasar MKN serta nasihat-nasihat dari pihak Kementerian Kesihatan Kesihatan. bermula 12.01 tengah malam Rabu, 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ke atas 6 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan , Johor dan Sabah.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Bersyarat ke atas 6 buah negeri iaitu Pahang, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan. Perintah Kawalan Permulihan (PKPP)untuk negeri Perlis dan Sarawak.
Sumber : Buletin TV3