berita

Kejadian Sebenar Terbongkar Lepas Mangsa Cerita Dekat Guru Kaunseling Bapa Tiri Dia Sebenarnya…

September 19th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki berusia 41 tahun telah ditahan oleh pihak polis selepas dipercayai merogol anak tirinya di kediaman mereka. Lebih mengejutkan apabila mengetahui kejadian yang sama pernah berlaku beberapa kali sebelum ini.

Pernah dirogol beberapa kali

Menerusi laporan yang dipetik daripada Berita Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, penangkapan suspek dilakukan selepas mangsa yang berusia 16 tahun itu telah menceritakan kepada guru kaunseling di sekolah mendakwa dirinya telah dirogol oleh suspek. Susulan daripada itu, laporan polis telah dibuat dan suspek telah ditahan sementara beberapa individu lain turut dipanggil untuk membantu siasatan.

Menurut Nik Ezanee lagi, mangsa yang mengalami trauma dan kemurungan telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan. Disebabkan trauma yang dialami, mangsa tidak berani menceritakan perkara sebenar kepada ibunya.

Siasatan awal mendapati suspek merogol mangsa beberapa kali tahun lalu sebelum mengulangi perbuatan itu pada Mac hingga Jun lalu termasuk ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di sebuah kawasan di daerah ini yang membabitkan kediaman mereka.

Suspek kini direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan iaitu sumbang mahram dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.

Sementara itu, pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk membantu siasatan atau menghubungi polis Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi menyalurkan sebarang maklumat berkaitan.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×