
Seorang ibu didakwa sanggup menjadikan anak perempuannya sebagai mangsa penderaan seksual suami.
Artikel Berkaitan: Dua Lelaki Warga Emas Didakwa Cab*l 10 Kanak-Kanak Bawah Umur
Artikel Berkaitan: Artis Popular Ditahan Polis, Didakwa Cabul Remaja 17 Tahun
Ibu benarkan

Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Harian Fajar, wanita berusia 46 tahun dari Kabupaten Cianjur, Indonesia itu didakwa membiarkan perkara tersebut dilakukan suami terhadap anak perempuannya yang berusia 14 tahun.
Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Cianjur, Fajri Amelia Putra, bapa tiri mangsa berusia 44 tahun didakwa melakukan penderaan seksual terhadap anak tirinya sejak Disember 2023 sehingga Mei 2026.
Menurut Fajri, perbuatan terkutuk itu diketahui selepas mangsa mendedahkan kejadian yang dialami kepada salah seorang saudaranya.
Difahamkan wanita tersebut mengetahui kegiatan suaminya itu namun memilih untuk tidak menghalangnya daripada berbuat demikan.
Dalam masa yang sama, pihak berkuasa mendakwa lelaki berkenaan pernah mengugut akan menceraikan isterinya dan menetapkan syarat untuk mempertahankan rumah tangga mereka.
Tambah Fajri, syarat tersebut adalah didakwa melibatkan penderaan seksual terhadap anak tirinya.
Bapa tiri dan ibu kandung mangsa telah ditahan serta ditetapkan sebagai suspek.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dengan pengetahuan dan persetujuan ibu kandung mangsa.
Dalam pada itu, mangsa kini dilaporkan sedang menerima rawatan fizikal dan psikologi susulan trauma yang dialami.
Untuk info, suspek didakwa mengikut undang-undang kanak-kanak dan jika bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Manakala wanita tersebut pula didakwa mengikut peruntukan Kanun Keseksaan Indonesia dengan hukuman penjara maksimum sembilan tahun.
Sumber: Harian Fajar






![[VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Hadiahkan Smiggle Untuk Rakan Sekelas Anak – ‘Dia Tahu Bukan Semua Ibu Bapa Mampu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/bellaz2.jpg)

