Berang kerana digesa dan dipaksa untuk berkahwin, seorang lelaki telah membunuh dengan kejam teman wanitanya di Nagaur, India.
Artikel Berkaitan: Wanita Bayar Upah RM52 Bunuh Suami, ‘Offer’ Anak Sebagai Ganjaran Tambahan
Artikel Berkaitan: Kecoh Bekas Suami Suruh Wanita Jual Maruah RM1K, Caprice Nak Bantu Upah Peguam
Cebisan mayat mangsa dalam perigi
Difahamkan bahawa mangsa yang masih berstatus isteri orang itu mendesak suspek untuk berkahwin dengannya sehingga suspek membunuh mangsa atas sebab yang sama.
Mangsa dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya dan selepas diberkas, polis menjalankan sisatan yang membuatkan suspek akhirnya mengaku melakukan jenayah tersebut.
Manakala mayat mangsa pula ditemui setelah 25 hari dia dibunuh.
Berdasarkan laporan, suspek yang dikenali sebagai Anoparam dengan kejam telah memotong badan teman wanitanya yang bernama Guddi dan membuang bahagian mayat mangsa ke dalam sebuah perigi.
Pihak berkuasa menjalankan operasi mengeluarkan bahagian badan mangsa dari perigi itu selama tiga hari dan menggunakan dron untuk operasi mengesan serta mencari. Manakala suspek pula akan menjalankan ujian poligraf (ujian penipuan).
Sumber: India Today