berita

Kejam! Lelaki Kelar Leher Teman Wanita Hingga Hampir Putus, Selamba Datang Proses Pengebumian & Tahlil

June 5th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Kejam dan tidak berperikemanusiaan! Itulah ungkapan yang sangat sesuai diberikan kepada seorang lelaki apabila sanggup membunuh teman wanitanya sendiri.

Artikel Berkaitan: Suspek Kelar Isteri & Anak Negatif Dadah

Turut ikuti proses pengebumian

Memetik laporan portal Detik.com, wanita yang dikenali sebagai Hotimah, 39, dikelar di bahagian leher oleh seorang lelaki yang dipercayai merupakan kekasih gelapnya, Sonny Safaat, 25, di hadapan rumahnya yang terletak di Bangkalan, Jawa Timur.

Ketua Polis Daerah Bangkalan, Asisten Komisioner Febri Isman Jaya melaporkan bahawa mayat Hotimah ditemui oleh ibunya dalam keadaan lehernya hampir putus serta kesan kecederaan di bahagian perut.

Difahamkan kejadian ini berlaku ketika Sonny mengajak Hotimah untuk berjumpa sebelum bertindak menikam perut mangsa dan mengelar lehernya hingga hampir putus.

Suspek mengajak mangsa untuk berjumpa dan dalam masa yang sama suspek sudah pun bersedia dengan membawa sebilah pisau.

Hasil siasatan pihak polis yang dibuat ke atas telefon bimbit mangsa, Sonny kemudiannya ditahan selepas didapati merupakan individu yang terakhir dihubungi mangsa.

Daripada siasatan, polis menemui bukti bahawa suspek merupakan orang terakhir bertemu dengan mangsa. Polis turut menggeledah rumah suspek dan menemui beberapa bukti seperti pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa.

Lebih teruk lagi, Sonny juga dikatakan turut hadir ke majlis tahlil serta pengebumian mangsa.

Suspek kemudian pulang ke rumah setelah membunuh mangsa. Saat penduduk menemui mayat mangsa, suspek datang ke tempat kejadian dan turut melihat proses mangsa diangkat oleh pihak berkuasa.

Hasil siasatan mendapati kematian mangsa dipercayai berpunca daripada kecederaan parah di bahagian lehernya yang dikelar dan kini, enam saksi termasuk suami mangsa dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan.

Sumber: Detik.com

SKIP THIS AD ×