berita

Suspek Kelar Isteri & Anak Negatif Dadah

July 5th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pihak polis mengesahkan suspek bunuh isteri dan bayi lelaki yang ditahan semalam, bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Artikel berkaitan: Saksi 14 Tahun Nampak Suspek Heret Isteri Keluar Rumah, Pegang Pisau Pemotong Daging

Artikel berkaitan: Sempat Belanja Budak Kampung ‘Breakfast’, Jiran Terkejut Suspek Sanggup Kelar Isteri

Artikel berkaitan: ‘Saya Tahu Menantu Tiada Pekerjaan Tetap Selepas Berhenti Kerja’ – Bapa Mangsa Kelar Leher

Artikel berkaitan: Lelaki Bogel Tunggang Motosikal Rupanya Lari Lepas Kelar Leher Isteri, Anak

Artikel berkaitan: Lelaki Selamba Bogel Tunggang Motosikal Atas ‘Highway’

Negatif dadah

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Suspek disahkan negatif dadah dan motif kejadian itu masih lagi dalam siasatan.

Tambah Raub, maklumat lanjut mengenai dakwaan suspek mungkin kemurungan yang mendorong tindakan itu berlaku bakal diberitahu kelak. Terdahulu, pihak polis menahan suspek berusia 25 tahun di kawasan Permas Jaya pada pukul 2.45 petang semalam selepas disyaki mengelar isteri dan anak lelakinya hingga meninggal dunia di Kampung Bakar Batu. Sejurus kejadian, suspek dikatakan melarikan diri dalam keadaan bogel dengan menunggang motosikal, hingga video dan gambarnya viral di media sosial.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×