Menutup tirai konsert minggu kedua dengan lagu berjudul ‘Kasih Tak Sampai’ oleh Padi, Aliff Aziz sekali lagi menduduki kedudukan nombor satu di konsert Gegar Vaganza musim kelapan. Tahniah!
Amat grande!
Menerusi persembahan yang dilakukan oleh Aliff semalam, Dato Ramli MS berkata nyanyian penyanyi kelahiran Singapura ini mempunyai dinamik. Selain itu, Hetty Koes Endang turut memberi komen yang positif dan menyatakan persembahan Aliff amat grande! Di awal konsert, para peminat dapat menyaksikan Aliff memenangi Anugerah Betul-Betul Luar Biasa. Anugerah ini merupakan undian daripada penonton pada konsert pertama sebelum ini.
Minggu lepas, penyanyi kelahiran Singapura ini telah mendendangkan lagu popularnya ‘Sayang Sayang’ dan meraih markah sebanyak 74.6% oleh para juri! Untuk minggu hadapan, Aliff akan menyanyikan lagu Kasihnya Laila yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Jinbara sempena temanya ‘Segalanya Kita Terima’. Dalam pada masa yang sama, Adibah Noor dan Nikki Palikat masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga untuk minggu tersebut.
Kasih tak sampai
https://www.youtube.com/watch?v=_6adOQ80yPE
Sementara itu, konsert Gegar Vaganza semalam menyaksikan kumpulan Nico, Dato Fazleey dan Ani Mayuni berada di kedudukan tiga terbawah. Namun, tiada penyingkiran yang berlaku pada malam itu.
Sumber: Syam Channels