Penyanyi, Nabila Razali meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir pihak yang mengaitkan kualiti vokal seseorang penyanyi dengan kisah kehidupan peribadi mereka.

Artikel Berkaitan: ‘Sekarang Saya Faham Bila Ibu Bapa Yang Bawa Stroller Marah Sebab Lif Penuh’ – Nabila Razali

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Razali Turun Padang Santuni 33 Keluarga, Beri Bantuan Sempena Ulang Tahun Kelahiran

Pandangan Nabila Razali

Menerusi hantaran di Threads, pelantun lagu Peluang Kedua ini merasakan penilaian terhadap kebolehan nyanyian seseorang sepatutnya bersandarkan kepada bakat dan kualiti suara, bukannya dipengaruhi oleh persepsi luaran atau isu peribadi yang tidak berkaitan dengan kerjaya seni.

Kelakar bila sesetengah orang menilai nyanyian berdasarkan kehidupan peribadi, bukan pada suara.

Meskipun tidak menyatakan hantaran tersebut ditujukan kepada mana-mana pihak secara, tetapi ianya mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. 

Mereka juga mengaitkan hantaran Nabila itu merujuk kepada penyanyi, Nubhan yang baru merangkul tempat ketiga di program nyanyian, Gegar Vaganza musim ke-12 pada Ahad.

Komen netizen

Sumber: Threads Nabila Razali