berita

‘Kelengkapan Ini Tidak Diaktifkan Secara Baik’ – Jokowi Akui Cuai Tangani Jerebu

September 18th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Jerebu yang melanda Semenanjung Malaysia termasuk Sarawak semakin teruk sehinggakan semua sekolah di kawasan Putrajaya, Sarawak dan Shah Alam ditutup. Bagaimanapun, pencemaran udara itu dipercayai berpunca daripada kebakaran yang terjadi di negara jiran.

Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali Jokowi mengaku kerajaannya cuai dalam menangani isu kebakaran hutan sehingga menyebabkan jerebu teruk di negaranya dan negara jiran.

Kita cuai sekali lagi

Menerusi Portal Mongabay, kebakaran kali ini yang kebanyakannya dilakukan secara sengaja untuk membersihkan tanah pertanian yang membabitkan kawasan seluas kira-kira 340,000 hektar sehingga 31 Ogos lalu.

Jokowi turut mengingatkan pegawai supaya memberi penekanan terhadap langkah pencegahan untuk menghalang kebakaran merebak hingga tidak dapat dikawal.

Menjelang cuaca kering, semua pihak sepatutnya bersedia. Namun, kami cuai sekali lagi pada tahun ini dan jerebu menjadi semakin teruk.

Kita memiliki semuanya tetapi…

Presiden Indonesia itu mengakui kerajaannya cuai dalam menangani isu kebakaran hutan yang kelihatan semakin parah sejak 2015 hingga menyebabkan jerebu melanda teruk di Indonesia dan negara jiran.

Ini kerana jika kebakaran berlaku terutama di tanah gambut, ia sukar untuk dipadamkan berdasarkan pengalaman kami beberapa tahun lalu.

Kita memiliki semuanya tetapi kelengkapan ini tidak diaktifkan secara baik jika tidak saya yakin kita mengesan lebih awal daripada satu titik api sebelum ia menjadi ratusan titik api.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×