berita

IPU Ditahap Sangat Tidak Sihat, Semua Sekolah Di Putrajaya & Selangor Ditutup

September 17th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Kini, negara kita berdepan dengan masalah jerebu yang semakin teruk. Beberapa buah sekolah di Sarawak telah pun diarahkan tutup akibat sejak minggu lepas dalam bacaan paras Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat. Nampaknya, pencemaran udara ini belum lagi selesai dan bacaan IPU telah melebihi 200 di kawasan Putrajaya sehingga semua sekolah di Putrajaya diarahkan tutup.

IPU tahap sangat tidak sihat

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Putrajaya yang telah memasuki tahap sangat tidak sihat hari iaitu melebihi 201. Pengarah Jabatan Pendidikan Putrajaya, Farizah Ahmad memaklumkan bahawa semua sekolah Putrajaya akan ditutup pada hari ini (17 September 2019).

Ini adalah kali pertama sekolah-sekolah di Putrajaya ditutup berikutan jerebu yang melanda Malaysia sejak 5 September lalu.

25 sekolah diarahkan tutup

Timbalan Pengarah Perancangan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Dr Roslan Hussin akan terus memantau bacaan IPU dari masa ke semasa bagi memastikan kesihatan para pelajar dan guru terjamin.

Jumlah keseluruhan sekolah di Putrajaya ada 25 buah sekolah termasuk 15 sekolah kebangsaan dan 10 sekolah menengah. Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Sekolah di Selangor ditutup

Sementara itu, sebanyak 145 buah sekolah di daerah Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat, Klang dan Petaling Perdana akan ditutup hari ini akibat keadaan jerebu yang semakin serius. Penutupan sekolah itu melibatkan 23 buah sekolah di Sepang, 36 di Hulu Langat, 21 buah sekolah di Kuala Langat, 27 di sekitar Klang dan 38 buah sekolah di Petaling Perdana.

Laporan penutupan sekolah

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×