berita

Kelibat Adira Teman Bella Astillah Di JAWI Timbul Persoalan, Netizen Ungkit Kisah Ruhainies Pernah Skandal Dengan Datuk Red

March 9th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Bella Astillah

Kelibat seorang wanita yang mengenakan baju berwarna hitam dan berdiri di sebelah pelakon Bella Astillah ketika hadir di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi tadi telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Artikel Berkaitan: ‘Kak Bella Masih Terkejut Dengan Apa Yang Terjadi, Beri Dia Ruang..’ – Didi Astillah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didi Astillah Muat Naik Video Mesra Bella Bersama Ruhainies, Netizen Pula Kesal – ‘Kawan Tapi Tikam Belakang’

Apa kaitan Adira?

Bella Astillah

Meskipun wanita terbabit memakai pelitup mulut, namun rata-rata netizen mendakwa dia ialah penyanyi Adira Suhaimi. Pun begitu, netizen tidak mengetahui apakah hubungan dan kaitan antara mereka berdua.

Bella hadir di JAWI kira-kira jam 2.40 pagi berhubung kes membabitkan suaminya, penyanyi Aliff Aziz yang didakwa berkhalwat dengan aktres Ruhainies.

Sementara itu, usaha OhBulan! untuk mendapatkan kenyataan Adira mengenai kehadirannya yang menemani Bella tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak berjawab dan mesej pesanan ringkas yang dikirim tidak dibalas.

Dalam pada itu, ketika netizen terus berteka-teki mengenai hubungan Adira dan Bella, ada segelintir pula yang mengungkit cerita lama membabitkan suami penyanyi tersebut iaitu Datuk Red dengan Ruhainies.

Sebelum ini, nama Ruhainies dikaitkan dengan Datuk Red selepas tular video mereka berpelukan ketika menaiki eskalator di sebuah pusat beli belah. Pun begitu, kata Ruhainies hubungan dia Datuk Red sudah pun berakhir selepas perkara itu diketahui Adira.

Pagi tadi, dunia hiburan dikejutkan dengan berita selebriti berstatus suami orang ditangkap berkhalwat dengan seorang pelakon popular di sebuah kondominium mewah.

Tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam. Berita terbabit kemudian disahkan oleh adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah yang turut hadir di lokasi kejadian.

SKIP THIS AD ×