berita

[VIDEO] Didi Astillah Muat Naik Video Mesra Bella Bersama Ruhainies, Netizen Pula Kesal – ‘Kawan Tapi Tikam Belakang’

March 9th, 2024 | by Alia
Kini Trending

bella ruhainies

Sejak awal pagi tadi dunia hiburan dikejutkan dengan berita pelakon dan penyanyi Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama seorang aktres wanita yang didakwa Ruhainies.

Artikel Berkaitan: CCTV ‘Tangkap’ Kelibat Aliff Aziz & Ruhainies, Tengah Berjalan Dari Lobi Ke Lif

Artikel Berkaitan: IG Ruhainies Diserang Netizen Selepas Dikaitkan Berkhalwat Dengan Aliff Aziz – ‘Harap Bukan Dia, Aku Minat Dia Kot’

Foto & video mesra

bella ruhainies

Terbaharu, adik ipar kepada Aliff iaitu Didi Astillah memuat naik video mesra kakaknya, Bella Astillah bersama Ruhainies di akaun Instagram (IG) miliknya.

Bagaimanapun, tindakan Didi memuat naik video berkenaan seakan-akan memberi gambaran terhadap dakwaan curang yang berlaku di antara selebriti tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak menyangka sama sekali dakwaan berkenaan berikutan mereka berdua dilihat sangat akrab.

Dalam masa yang sama, warganet juga meluahkan rasa kesal andai benar nama Ruhainies terpalit dengan kontroversi itu selain menyifatkannya sebagai seorang pengkhianat terhadap rakan sendiri.

Kawan makan kawan, kejam.

Kenapa khianati kawan? Kesian Bella, stay strong.

Kawan, kawan..tapi tikam belakang.

Ni namanya, kawan makan kawan. Stay strong Bella.

Terdahulu, nama Ruhainies dipetik apabila dia didakwa dicekup berkhalwat bersama aktor berasal daripada Singapura tersebut pada awal pagi Sabtu di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

@ohbulanofficial

Kita doakan yang baik-baik buat mereka berdua ??? #ohbulan #sembangentertainment #aliffaziz #bellaastillah #kendong #dukung #ruhainies

? DJ TIADA BINTANG KAN BERSINAR – DJ SAH VIRAL TIKTOK – DJ Numar

Sumber: Instagram Didi Astillah

SKIP THIS AD ×