berita

Keluar Dating Makan Modal? – Nah, 5 Tips Untuk Korang Yang Tengah Berjimat!

October 29th, 2019 | by Nurul
Insiprasi

Korang yang mana dah ada pasangan tu mesti rasa tak keruan je kalau lama tak jumpa si dia. Paling tidak, seminggu sekali dan paling lama pun sebulan sekali mesti kena jumpa. Tapi, korang sedar tak sebenarnya keluar dating ni makan kos jugak. Nak pulak kalau korang jenis demand nak itu dan ini. Mahu kering poket boyfriend wei!

Jangan risau! Meh, Sis Katy share tips macam mana korang boleh berjimat bila keluar dating.

1. To-Do-List

Sebelum nak pergi dating, rancang awal-awal apa yang korang nak buat nanti. Make sure semua yang korang akan buat masa dating tu sudah dirancang dan dapat persetujuan bersama. Cara ni dapat elakkan korang membuang masa nak fikir apa mana nak pergi dan apa nak buat.

Selain itu, korang dah dapat agak berapa banyak kos yang mungkin korang keluarkan berdasarkan perancangan korang tadi. Brilliant kan!

2. Bayar Separuh-Separuh

Bagi Sis Katy, tak salah rasanya kalau korang bayar separuh-separuh bila keluar dating. Barulah nampak yang korang tu seorang yang sangat memahami. Nak-nak kalau yang tengah belajar, masing-masing nak pakai duit kan. Tak bolehlah nak harapkan lelaki je.

3. Bawa Makanan Dari Rumah

Haaa.. Ni Sis Katy sangat syorkan bagi mereka yang suka memasak. Selain dapat impress pasangan dengan masakan sendiri, korang dah jimat bab makan kat situ. Lagi best, kalau korang bawa bekalan makanan tu dan berkelah sambil berborak santai. Jimat habis!

4. Buat Aktivit Sihat

Bosanlah asyik dating dekat mall je! Apa kata korang cuba aktiviti yang lebih sihat seperti berbasikal, joging, berenang dan mendaki bukit. Sambil buat aktiviti, korang boleh menyihatkan tubuh badan sekali.

5. Tengok View Dan Snap Gambar

Satu lagi tips dating murah, korang boleh pergi tempat-tempat dengan pemandangan yang cantik. Cuci mata korang dengan melihat kecantikkan pemandangan ciptaan Tuhan seperti pantai dan sungai. Dah cuci mata tu, korang ambillah gambar pemandangan dan bergambar dengan pasangan. Confirm nanti korang akan rindu saat-saat tu nanti.

Haaa.. Siapa kata bila takda duit korang tak boleh luangkan masa dengan pasangan? Ni sis dah bagi tips, nanti korang cuba tau!

Apa pun, korang jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan terkini tentang makeup, fashion dan lifestyle wanita!

SKIP THIS AD ×