Kisah rumah tangga pasangan personaliti media sosial iaitu Aisyah Hijanah dan suami, Alif Teega dilihat masih menjadi perbincangan hangat netizen. Malah, satu demi satu ‘rahsia’ mula terbongkar.
Artikel Berkaitan: ’Dia Hanya Nak Tahu Isi Dashcam, Kereta Itu Pula Selalu Alif Bawa Atau Mungkin ‘Perempuan Itu’….’ – Adik Aisyah
Artikel Berkaitan: Tular Akaun IG Isteri Kedua, Netizen Tak Puas Hati Alif Teega Backup Fatin Umaidah? – ‘Defender Dah Mai Dah..’
Adik dedah rekod kesihatan Aisyah
Sebelum ini, sepupu dan merangkap adik susuan Aisyah iaitu Amirul Adni Rustam mendakwa ibu kepada dua orang anak itu pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh suaminya.
Terbaharu, Amirul sekali lagi mendedahkan rekod kesihatan dipercayai Aisyah di mana dia pernah ke pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan setelah didakwa dipukul oleh Alif Teega.
Menerusi laporan tersebut, Aisyah dikatakan mengalami bengkak pada lengan setelah didakwa direntap oleh suaminya dalam satu kejadian pada 10 Oktober lalu. Difahamkan, ketika kejadian didakwa berlakunya pertengkaran antara mereka berdua.
Menerusi rekod seterusnya, Aisyah didakwa telah dipukul beberapa kali oleh Alif dalam tempoh setahun. Kali terakhir adalah pada 8 November lalu dan kejadian itu didakwa berpunca disebabkan orang ketiga.