berita

‘Keluarga & Rakan Tahu Mengenai Hubungan Kami’- Angeline & Sabri Tak Pernah Rahsiakan Hubungan

October 17th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Pelakon dan pelawak, Angeline Tan mengakui bahawa dirinya dan suami, Sabri Yunus tidak pernah merahsiakan hubungan yang terjalin sejak tiga tahun lalu daripada pengetahuan keluarga dan rakan sebelum mengambil keputusan untuk bernikah pada 14 Oktober yang lalu.

Artikel Berkaitan: Pi Mai Pi Mai Tang Tu! Angeline Tan Sah Isteri Sabri Yunus

Artikel Berkaitan: ‘Selepas Dia Sedia Peluk Islam, Saya Terus Bawa Jumpa Keluarga’ – Sabri Yunus

Sejak tahun 2020

Memetik laporan Harian Metro, Angeline dan Sabri mula bertaut kasih sejak tahun 2020 selepas mereka terlibat dalam drama Tanya Sama Pokok.

Difahamkan, hubungan mereka ini diketahui oleh rakan-rakan terdekat kerana hubungan yang terjalin adalah ikhlas selepas bersahabat baik lebih 30 tahun.

Selain keluarga, kebanyakan rakan tahu hubungan kami dan mereka menghormatinya. Malah, kami pun tidak pernah cuba merahsiakannya daripada sesiapa pun kerana masing-masing ikhlas. Alhamdulillah, Allah sudah melancarkan semuanya.

Sekarang, kami pun sudah bernikah dan semua urusan berjalan lancar dan dipermudahkan, termasuk keluarga saya dan suami juga menerima dengan sangat baik.

Tambah Angeline, dia tidak pernah sekali pun menyangkal dakwaan bahawa dirinya sudah memeluk Islam seperti yang diperkatakan sebelum ini, namun hanya meminta ruang ‘privacy’ dirinya dihormati.

Saya sangat menjaga perkara membabitkan peribadi kerana enggan menjadi bahan netizen di media sosial. Apatah lagi, selama menjadi artis saya tidak pernah terpalit kontroversi dan bukan itu yang saya cari.

Apapun, saya gembira dengan doa-doa baik yang diterima atas perkahwinan ini. Saya juga yakin abang Sabri dapat membimbing saya menjadi orang Islam yang baik dan ini pasti memerlukan masa.

Terdahulu, Sabri dan Angeline atau nama Islamnya, Ardini selamat diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Perlis selepas pelakon wanita itu  memilih untuk memeluk Islam pada 26 September lalu.

Untuk rekod, Sabri pernah mendirikan rumah tangga dengan Norraya Mohd Yusof dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Walau bagaimanapun, Norraya meninggal dunia pada Ogos 2007 akibat kanser.

Sementara itu, Angeline yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini pula mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×