berita

Sara Ali Puji Usaha & Kesabaran Sabri Yunus Pikat Hati Angeline Tan – ‘Aku Ada Ketika Dia Orang Bercinta’

October 17th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Sabri Yunus Angeline Tan Sara Ali

Berita pernikahan pasangan selebriti pelakon dan pengarah Sabri Yunus dengan aktres Angeline Tan pada Sabtu lalu sememangnya membuatkan ramai pihak terutama peminat berasa gembira.

Artikel Berkaitan: ‘Selepas Dia Sedia Peluk Islam, Saya Terus Bawa Jumpa Keluarga’ – Sabri Yunus

Artikel Berkaitan: Pi Mai Pi Mai Tang Tu! Angeline Tan Sah Isteri Sabri Yunus

Saksi proses bercinta

Sabri Yunus Angeline Tan Sara Ali

Terbaharu, pelakon Sara Ali mendedahkan dia antara individu terawal yang melihat proses Sabri berusaha memikat hati Angeline dengan penuh kesabaran.

Aku ada ketika proses dia orang bercinta tu, tapi masa tu dia lebih kepada uncle Sabri punya kesabaran dan effort dia untuk tambat hati kak Angeline.

Alhamdulillah, disatukan. Tapi yang paling penting adalah berserah segala-Nya pada Tuhan. Tahniah.

Pada Sabtu lalu, Sabri dan Angeline selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Kota Bharu, Kelantan.

Angeline telah memeluk Islam secara rasminya pada 26 September lalu dan memilih nama Ardini.

Sabri dan Angeline mula meraih populariti menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Dalam sitkom itu, mereka menggalas watak sebagai Wan Ismail Golok dan Lucy.

Sabri sebelum ini kehilangan isteri Norraya Mohd Yusuf pada 2007 akibat kanser. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Sementara Angeline pula memiliki dua anak daripada perkahwinan terdahulu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×