berita

Kemaruk Sangat Nak ‘Threesome’, Isteri Tikam Kemaluan Kekasih Suami Di Sarawak

March 25th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Gara-gara ingin melempiaskan nafsu aneh menjalinkan hubungan kelamin 3 serangkai (threesome), seorang wanita cedera apabila kemaluannya ditikam oleh isteri teman lelakinya.

Kejadian terbabit berlaku pada 9 malam semalam di Sibu, Sarawak membabitkan suspek berusia 46 tahun.

Tikam dan lari

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit, mereka bertiga sempat meminum minuman keras sebelum berhubungan.

Dalam kejadian itu, suami suspek berusia 28 tahun bertindak membawa teman wanitanya berusia 34 tahun, ke kediaman isterinya, untuk berbincang berkenaan hubungan mereka.

Ketiga-tiga mereka kemudiannya bersetuju untuk melakukan hubungan seks bersama. Namun, suspek mengambil peluang menikam alat sulit mangsa ketika mereka berada dalam sebuah bilik dan suami suspek menyedari perbuatan itu selepas isterinya bergegas lari dari bilik itu.

Bermotif dendam dan cemburu

Tambah Stanley, suspek dikatakan berang dengan tindakan suaminya yang membawa kekasihnya itu ke rumah mereka.

Polis yakin motif kepada kejadian adalah dendam dan cemburu kerana suspek sudah lama mengetahui suaminya itu menjalin hubungan dengan mangsa.

Mangsa kini dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Sibu walaupun mengalami banyak pendarahan.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata pisau.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×