berita

‘Kemaruk Sangat Paksa BF Kahwin’ – Berang Prestasi Merosot, TMJ Tegur Girlfriend Pemain Bola JDT

March 4th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Tidak dinafikan lagi, ‘market’ pemain bola sepak di Malaysia memang tinggi! Buktinya, ramai selebriti menjalin hubungan dan mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak terkenal di Malaysia. Walau bagaimanapun, terbaru Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail meluahkan rasa tidak puas hati apabila salah seorang pemain JDT dikatakan terlalu kemaruk bercinta sehingga menjejaskan prestasinya di atas padang.

Malah, TMJ turut ‘sound’ teman wanita pemain tersebut agar tidak kemaruk untuk berkahwin. Siapa agaknya wanita tersebut?

Kemaruk sangat paksa boyfriend kahwin

Kemaruk sangat paksa boyfriend kahwin. Beri tekanan setiap hari suruh boyfriend kahwin pasal takut terlepas. Boyfriend kaya, popular. Satu keluarga kemaruk cari laki kaya dari dulu, Patut makin hancur performance budak ni. Kepala dah takda dalam padang.

Well no one is bigger than the club. Kalau kepala dah tak boleh fokus pasal asyik kena pressure setiap hari dipaksa kahwin. All the best. Dalam hidup ada manusia bawa rezeki ada manusia bawa s***.

Tidak dapat dipastikan siapa selebriti yang dimaksudkan, TMJ meluahkan rasa terkilan apabila salah seorang pemain dibawahnya tidak dapat bermain dengan baik gara-gara dipaksa kahwin oleh kekasihnya. Malah, TMJ turut menunjukkan bukti perbualan bersama pemain tersebut.

Dia kawal saya dan ajak saya kahwin

Satu screenshot yang dipercayai perbualan bersama pemain bola tersebut didedahkan TMJ. Netizen bagaimanapun sudah dapat meneka siapa selebriti dan pemain yang dimaksudkan. Pasangan ini dikatakan telah menjalin cinta sejak beberapa tahun yang lalu.

Perempuan yang sayang anda sentiasa menyokong anda

Walau bagaimanapun, luahan yang dibuat TMJ bersifat umum dan baginda turut memberi nasihat kepada semua wanita untuk menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh orang yang tersayang. Malah para penyokong turut bersetuju dengan apa diperkatakan oleh TMJ.

Rata-rata netizen dapat meneka siapa yang dimaksudkan dengan ‘SM’. Hmm macam tahu je kan?

Sumber : TMJ

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×