berita

Kematian Influencer TikTok Cetus Misteri, Sempat Tinggal Nota – ‘Saya Berjuang Dengan Diri Sendiri’

June 14th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tribun News

Kematian pempengaruh TikTok, Cooper Noriega, 19, masih menjadi misteri dan mayatnya dijumpai di tempat letak kereta pusat beli-belah di blok 500 North First Street, Burbank, California dalam keadaan yang ‘pelik’.

Artikel Berkaitan: Influencer Thailand Meninggal Dunia Tercekik Kebab Babi, 2 Bulan Guna Mesin Sokongan Hayat

Kematian cetus tanda tanya

Memetik laporan media, mayat Noriega ditemui sekitar jam 4.20 petang pada Khamis ((9/6/2022) lalu dan punca kematiannya masih dalam siasatan. Apa yang lebih pelik, apabila Noriega dikatakan sempat berkongsi beberapa catatan misteri dan dikongsi di laman TikTok menunjukkan dia sedang berbaring di atas katil sebelum meninggal dunia.

Siapa sangka mereka akan mati muda.

Dia sebelum ini, terbuka dengan para pengikutnya mengenai perjuangan penyakit mental dan penggunaan dadah.

Saya mahu menggunakan pengaruh yang saya ada berikan untuk mencipta ruang bagi menyebarkan kesedaran dan menormalkan perbincangan tentang penyakit mental.

Sempat sedia ‘ruang’ khas

Sebelum meninggal dunia, pada Ahad yang lalu model ini telah memulakan server Discord (ruang yang digunakan bersama pengikut dan berkongsi cerita masing-masing tentang kesihatan mental) dan mana-mana individu yang mahu berkongsi sebarang luahan boleh menyertainya.

Salah satu daripada banyak perkara yang saya pelajari semasa melawan ‘ketagihan’ ialah mengelilingi diri anda dengan orang negatif hanya akan menjatuhkan anda.

Ujarnya lagi, laman tersebut bertujun menyediakan ruang yang selamat dan mereka boleh membantu antara satu sama lain melalui fasa-fasa yang sukar.

Model ini mempunyai 1.7 juta pengikut di laman TikTok, lebih daripada 89k pengikut di Twitter dan 610k pengikut di Instagram.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×