berita

Kembali Ke Sekolah: Ini Sokongan Komuniti Untuk Pastikan Kejayaan Anak-Anak Tercapai!

March 15th, 2024 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Bila anak-anak dah kembali ke sekolah ni, mesti sedikit sebanyak ada cabaran dari segi kewangan, terutamanya bagi keluarga yang kurang berkemampuan. Nak beli baju sekolah, kumpul duit belanja dan macam-macam lagi.

Bila dah ada cabaran dalam masalah kewangan ni, akan menjejaskan dari segi prestasi akademik.

Walau bagaimanapun, tak kira lah dalam keadaan yang mencabar sekalipun, semangat, tekad dan sokongan dari masyarakat adalah penting untuk mereka.

Jadi, ini antara langkah-langkah yang boleh dibuat untuk memastikan kejayaan anak-anak ini tercapai!

1. Mewujudkan suasana pembelajaran yang konsisten & sentiasa beri sokongan

Kredit: https://majoriti.com.my/

Macam mana nak atasi cabaran bila anak-anak dah masuk ke sekolah ni? Min cadangkan korang menyediakan suasana yang tetap dan stabil untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan lebih baik.

Sementara itu, sokongan yang berterusan dari guru, rakan sekelas, dan ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam merangsang semangat dan pencapaian mereka.

Dari situ kita akan dapat terapkan nilai-nilai positif, mengalakkan mereka dengan kreativiti dan bantu mereka cemerlang dalam pelajaran dengan yakin.

2. Berkongsi ilmu dan pengetahuan sesama komuniti sekolah

Kredit: https://www.utusan.com.my/

Selain itu, perkongsian ilmu dan pengetahuan sesama komuniti sekolah merupakan amalan positif. Ia merangkumi kesemua termasuklah pertukaran maklumat, pengalaman, dan kebolehan antara ibu bapa, guru-guru serta komuniti yang lain di sekolah.

Melalui kolaborasi ini juga akan membentuk dan memupuk pembelajaran yang berterusan buat anak-anak di mana semua yang terlibat boleh memberi manfaat dan pengetahuan yang mereka ada agar matlamat kejayaan boleh dicapai bersama.

Antaranya adalah:

  • Ibu bapa dan komuniti boleh sertai mana-mana aktiviti yang ada di sekolah, mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum dan berikan sokongan dalam pembelajaran anak-anak di rumah.
  • Pihak sekolah boleh adakan saluran komunikasi yang baik dengan ibu bapa, melibatkan mereka dalam cadangan dan keputusan penting serta mengadakan program bersama yang melibatkan komuniti.

Kredit: https://thenews.com.my/

Dengan cara ini, barulah kita dapat mencapai kerjasama yang kukuh antara ibu bapa, sekolah, dan masyarakat. Ia juga akan memberi banyak manfaat kepada pembangunan dan kejayaan pelajar.

Yayasan Jaafar Ahmad beri sumbangan ‘Pek Kembali Ke Sekolah’ buat pelajar!

Kalau korang nak tahu, Zainudin Jaafar, mewakili pihak Yayasan Jaafar Ahmad telah memberi manfaat kepada hampir 1,000 murid Tahun Satu dari 29 sekolah di Negeri Sembilan, termasuk daerah Tampin, yang telah mula bersekolah pada Mac ini.

Yayasan Jaafar Ahmad, dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia),menyumbang RM150,000 untuk usaha ini, dengan lebih 300 murid menerima bantuan di sekitar daerah Tampin.

“Sumbangan melalui yayasan ini adalah cara kami sekeluarga menabur bakti kepada negeri kelahiran dan masyarakat di Negeri Sembilan, khususnya dan daerah Tampin amnya.

Selain membantu menaikkan semangat anak ke sekolah, besar harapan beliau agar sumbangan ini dapat membantu mereka mencipta kejayaan cemerlang dalam pelajaran serta mengubah nasib keluarga. 

“Inisiatif Pek Kembali Ke Sekolah cukup dekat di hati saya, kerana saya juga pernah jadi anak kecil yang datang dari keluarga kurang berkemampuan dan tahu bagaimana perasaannya apabila mendapat kelengkapan sekolah baharu.

Yayasan Jaafar Ahmad adalah sebuah badan kebajikan yang diasaskan keluarga Dato’ Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia dan ditubuhkan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik serta memerlukan di negeri Sembilan.

Melalui yayasan itu, mereka sekeluarga menyumbang kepada anak dari sekolah sekitar negeri Sembilan, termasuk Sekolah Kebangsaan (FELDA) Pasir Besar.

Menurut Zainudin, Sekolah Kebangsaan (FELDA) Pasir Besar cukup dekat di hatinya kerana di situ pendidikan beliau bersama adik-beradik lain bermula sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dan seterusnya ke universiti.

Beri semangat buat anak-anak untuk memulakan alam persekolahan

Inisiatif yang telah dilakukan ini juga adalah untuk menyuntik semangat buat anak-anak ini untuk memulakan alam persekolahan bagi mencapai cita-cita selain dapat meringankan beban kewangan ibu bapa.

Zainudin juga kongsikan yayasan yang dipimpinnya aktif menyantuni golongan kurang bernasib baik di Negeri Sembilan termasuklah dengan sumbangan wang tunai, menaja berbuka puasa, barangan harian dan pelbagai lagi setiap kali Ramadan.

“Kami akan teruskan lagi inisiatif pada Ramadan kali ini. Jika ada yang memerlukan, jangan segan menghubungi pihak kami dan kami akan berusaha menghulurkan bantuan sewajar nya,” katanya.

Diharap agar sumbangan yang diberikan ini dapat memberi motivasi dan semangat tinggi kepada anak untuk belajar bersungguh-sungguh di sekolah demi mencapai kejayaan dan cita-cita mereka kelak.

SKIP THIS AD ×