
Menjadi bukti bahawa kerja keras dan komitmen tidak pernah sia-sia, Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd diumumkan sebagai pemenang Business Excellence in Travel and Tourism Services Award sempena Bumiputera Business Excellence Awards (BBEA) 2025 di Hotel Sheraton Kuala Lumpur, pada malam Khamis.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jaja Ishak Syukur Terima Anugerah Khas Usahawan Wakaf MARA Madani, Sentiasa Pegang Pesanan Ibu Bapa Untuk Terus Memberi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Kira Busker Atau Profesional, Jaja Ishak Cari 12 Penyanyi Berbakat
Cerminan kepercayaan pelancong

Anugerah ini menandakan pengiktirafan kepada syarikat atas perkhidmatan pelancongan berkualiti tinggi, penyediaan pakej perjalanan teratur, dan pengalaman yang memberi makna kepada pelanggan di seluruh Malaysia.
Menurut Pengarah Urusan Kembara Sufi, Muhammad Al-Fadzil, beliau menganggap pencapaian ini sebagai kejayaan manis sejak menubuhkan syarikat.
Anugerah ini lebih daripada sekadar pengiktirafan tetapi mencerminkan kepercayaan para pelancong yang telah bersama kami sejak dahulu.
Setiap perjalanan kami rangka dan urus berpandukan keyakinan bahawa pengembaraan harus memberi makna, keselamatan dan pengalaman.
Kami amat bersyukur menerima penghormatan ini dan ia memberi semangat untuk terus berkhidmat dengan keikhlasan dan penuh komitmen.
Muhammad Al-Fadzil, turut menekankan bahawa anugerah ini menjadi inspirasi kepada seluruh pasukan untuk terus berusaha lebih baik, sambil duduk seiring dengan tokoh dan jenama hebat lain dalam membangunkan negara.
Fokus kami adalah untuk berkembang seiring dengan perubahan industri, namun tetap berpijak pada prinsip yang membentuk jenama kami.
Dengan beberapa perancangan khusus untuk memperluaskan servis, Kembara Sufi terus mengekalkan fokus untuk berkembang seiring perubahan industri, tetapi tetap berpijak pada prinsip yang membentuk jenama sejak awal.
Anugerah ini menjadi dorongan untuk kami terus belajar, memperbaiki dan menyediakan perkhidmatan pelancongan yang boleh diharapkan oleh rakyat Malaysia.
Memudahkan pengembara Muslim

Dalam pada itu, sejak ditubuhkan, Kembara Sufi Travel & Tours membina jenama melalui servis yang dipercayai. Semua perjalanan, sama ada domestik atau antarabangsa, diurus dengan teliti bagi memastikan keselesaan, pengalaman bermakna, dan kepuasan pelanggan.
Fokus syarikat bukan sekadar destinasi, tetapi juga pengalaman lengkap bagi pengembara Muslim: dari makanan halal, waktu solat, hingga cara bersuci. Ketua rombongan turut berkongsi info sejarah dan ilmu fiqh pengembaraan, menjadikan setiap perjalanan lebih bermakna dan mendidik.
Tambah Muhammad Al-Fadzil, ketua rombongan turut berkongsi ilmu sejarah tempat lawatan serta ilmu fiqh pengembaraan, menambah nilai pengalaman setiap pengembara.
Pendekatan ini berjaya membina komuniti pelanggan setia dan mengukuhkan jenama Kembara Sufi dalam industri pelancongan Malaysia yang kompetitif.
Industri pelancongan bukan sekadar melihat tempat baharu tetapi ia tentang hubungan, pembelajaran dan mencipta kenangan.
Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada pengalaman itu dan bekerja keras agar setiap perjalanan menjadi lancar dan bermakna.







