Pelakon terkenal Hollywood, Johnny Depp, dianugerahkan AS$15 juta dalam kes saman fitnah terhadap bekas isterinya, hari ini. Mahkamah bagaimanapun mendapati pelakon filem ‘Pirates of the Caribbean’ itu dan Amber Heard saling bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah antara satu sama lain.
Artikel berkaitan: Pakar Bedah Tangan Dakwa Cerita Punca Luka Di Jari Johnny Depp Tidak Tepat
Artikel berkaitan: Nampak Serasi & Mesra, Peminat Restu Jika Johnny Depp Jalin Hubungan Dengan Peguam Cantik
Fail tuntutan saman fitnah
Menerusi laporan BBC, pampasan sebanyak $15 juta(kira-kira RM65 juta) kepada Depp merangkumi AS$10 juta manakala AS$5 juta dolar lagi sebagai ganti rugi punitif. Sementara itu, Amber Heard dalam saman balasnya pula menerima ganti rugi AS$2 juta manakala tiada pampasan wang untuk ganti rugi punitif.
Depp memfailkan tuntutan saman fitnah dengan ganti rugi sebanyak AS$50 juta terhadap Heard berhubung penulisannya untuk kolum Washington Post. Heard kemudian memfailkan saman balas dengan menuntut AS$100 juta dan mendakwa dia sering didera secara fizikal oleh Depp. Depp walau bagaimanapun menafikan pernah melakukan penderaan fizikal terhadap Heard, sebaliknya mendakwa bekas isterinya itu sebenarnya yang sering bertindak ganas.
Beri kehidupan baru
Terbaru, Depp berkata, dia mendapat kehidupan yang baru selepas keputusan mahkamah hari ini.
Enam tahun lalu, kehidupan saya dan anak, kehidupan mereka yang paling dekat dengan saya, dan juga kehidupan orang-orang yang selama bertahun-tahun menyokong dan percaya kepada saya berubah selama-lamanya. Semuanya (berlaku) dalam sekelip mata.
Depp mendakwa, media melemparkan dakwaan palsu yang sangat serius dan jenayah kepadanya sehingga mencetuskan kebencian yang tidak berkesudahan.
Memang terlalu sakit bagi saya pada masa itu. Kehidupan dan kerjaya saya musnah. Tapi selepas enam tahun, saya dapat kehidupan saya semula.
Depp meluahkan rasa syukur itu di akaun Instagramnya.
Sumber: BBC