Menjadi bualan hangat, kes yang kini sedang dibicarakan di Fairfax County Circuit Courthouse di Virginia, Amerika Syarikat iaitu kes saman fitnah terhadap Amber Heard daripada bekas suaminya, pelakon terkenal Johnny Depp.
Antara isu yang dibangkitkan adalah luka pada jari Johnny yang didakwa terjadi akibat satu pertengkaran diantara mereka berdua dalam satu penerbangan di Australia, di mana Amber dituduh membaling botol vodka kepadanya.
Luka dan punca tidak ‘konsisten’
Foto: Evelyn Hockstein (Getty Images)
Terdahulu, Amber dalam keterangannya berkata, dia tidak melihat perkara tersebut terjadi dengan terlalu terperinci, namun perkara itu terjadi ketika Johny dalam keadaan berang sedang melakukan serangan seksual terhadapnya menggunakan botol minuman keras.
Johnny menyangkal kenyataan tersebut dan berkata, dia tidak pernah melakukan sebarang kekerasan terhadap Amber, malah Amber merupakan ‘pendera’ di dalam hubungan mereka berdua.
Pada Isnin, pakar bedah Richard Moore memberikan keterangan mewakili pihak Amber dan berkata alasan yang diberikan atas luka yang berlaku pada jari Johnny tidak ‘selaras’. Menurutnya, sekiranya situasi tersebut betul-betul terjadi, maka kuku jarinya akan turut rosak, dan bahagian lain tangannya akan calar daripada serpihan botol kaca.
Sebelum perkara tersebut dibawa ke mahkamah, Johnny dilaporkan telah memaklumkan kepada kenalannya bahawa luka pada jarinya terjadi akibat tersangkut diantara pintu akordion. Johnny mengaku menipu pada ketika itu untuk melindungi Amber.
Namun, pakar bedah tangan tersebut berkata luka yang dia lihat itu lebih ‘konsisten’ sekiranya berpunca daripada tersangkut di antara pintu, berbanding diserang dengan botol kaca.
Perbicaraan kes di antara Johny dan Amber kini telah berlangsung untuk minggu yang ke-6. Sehingga Isnin, perbicaraan di mahkamah tidak dapat menyimpulkan apa-apa kecuali hanya ‘kisah hitam’ hubungan toksik mereka berdua.
Sumber: CTV News