berita

Kementerian Kesihatan Sahkan Kematian Nur Dinie Bukan Kerana Influenza

January 15th, 2020 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Kematian seorang murid tahun satu yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor Bahru didakwa dijangkiti influenza undang perhatian ramai supaya lebih berhati-hati dengan virus ini. Berdasarkan laporan doktor pakar, adik Nur Dinie Damia turut mengalami pelbagai komplikasi lain bukan hanya Influenza sahaja.

Terbaru, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan kanak-kanak itu adalah negatif bagi jangkitan influenza.

Negatif influenza

Adik Nur Dinie Damia dirujuk kepada Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pada 10 Januari lalu dalam keadaan sangat kritikal. Malah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa ujian sampel klinikal mangsa yang berusia 7 tahun itu adalah negatif bagi jangkitan influenza.

Dia menerima bantuan pernafasan dan rawatan rapi oleh pasukan perubatan yang diketuai pakar perubatan pediatrik. Namun keadaan pesakit semakin tenat dan disahkan meninggal dunia pada jam 10.48 malam, 13 Januari lalu. Ujian sampel klinikal kanak-kanak ini adalah negatif bagi jangkitan influenza dan punca kematian masih dalam siasatan.

Pesakit meninggal dunia pada 12 Januari lalu dan siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian. KKM merakam ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua kanak-kanak terbabit.

Punca kematian masih disiasat

Sementara itu, virus Influenza turut merebak ke beberapa buah negeri termasuk Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Perak, Johor, Pahang, Pulau Pinang, Terengganu dan Sarawak.

Bilangan wabak ILI juga menunjukkan peningkatan namun kejadian wabak adalah dalam keadaan terkawal. Tiada sebarang kelainan atau perubahan pada virus influenza yang menular ketika ini.

Aktiviti influenza ini juga adalah sama seperti yang dilaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia di negara tropika lain di rantau Asia Tenggara, Asia Selatan, Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Sumber: Harian Metro