berita

Kempen ‘Sajian Seimbang Tanda Sayang’ MAGGI Menginspirasi Rakyat Malaysia Ke Arah Pemakanan Seimbang

July 15th, 2022 | by Syamirul
Kini Trending

Setiap hidangan seimbang yang disediakan mencerminkan kasih sayang dan keprihatinan si ibu terhadap sesebuah keluarga.

Menerusi pelancaran kempen ‘Sajian Seimbang Tanda Sayang’  MAGGI, terdapat beberapa siri inisiatif kesedaran awam dengan matlamat untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk makan secara seimbang.

Bukan itu je, ia juga merupakan salah satu cara meraikan kreativiti kulinari para ibu dalam menyediakan hidangan yang lebih sihat untuk keluarga mereka. Keluarga sihat, keluarga bahagia!

Nak tahu bagaimana MAGGI menginspirasi kita untuk mengamalkan makanan yang seimbang?

Jom teroka sumber kelazatan sajian seimbang MAGGI

Diilhamkan daripada panduan Pinggan Sihat Malaysia (MHP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, tujuan MAGGI melancarkan kempen ini adalah untuk memberi inspirasi kepada ibu-ibu di Malaysia untuk mencipta hidangan masakan rumah yang berpatutan dan lazat menggunakan mi MAGGI.

Mi segera merupakan hidangan ke-8 teratas di Malaysia dan 44% daripada penggunaannya disediakan sebagai hidangan utama. Wow!

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan bahawa walaupun 20% orang dewasa di Malaysia mengetahui panduan Plat Sihat Malaysia. Namun, hanya 14% daripadanya yang mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka.

Tapi korang jangan risau, sebab pakar pemakanan MAGGI Cik Leong Ven Luan berkongsi di mana hidangan seimbang merupakan sesuatu yang penting kerana ia membantu memastikan pengambilan bahagian makanan yang dapat menyokong kesihatan dan kesejahteraan kita.

Selain nasi sebagai makanan ruji kita, mi segera MAGGI juga merupakan asas karbohidrat yang enak dan mudah bagi menyediakan hidangan yang seimbang untuk seisi keluarga.

Apa yang korang boleh buat ialah menambahkan sayuran dan sumber protein ke dalam mi segera MAGGI untuk menghasilkan hidangan yang seimbang mengikut konsep ‘Suku Suku Separuh’ yang disarankan oleh MHP.

Korang juga boleh menggunakan konsep ini sebagai panduan untuk membantu korang merancang pengambilan makanan bagi mencapai hidangan yang seimbang.

Kaedah ini tidak lah terlalu rumit, korang masih boleh menikmati hidangan harian seperti biasa dengan portion yang berbeza.

Ianya terdiri daripada, ¼ pinggan berisi sumber karbohidrat seperti mi, nasi, roti, bijirin, ¼ pinggan berisi sumber protein seperti telur, tofu, daging, makanan laut malah sumber protein berasaskan tumbuhan dan ½ pinggan berisi sayur-sayuran atau buah-buahan. 

Sheila Rusly siap kongsi tip macam mana nak sediakan hidangan yang lazat dan seimbang

Ketika pelancaran kempen ‘Sajian Seimbang Tanda Sayang’ MAGGI yang diadakan di Dapur Masak Masak MAGGI, Sheila Rusly iaitu selebriti TV, usahawan dan penggemar makanan itu menunjukkan cara memasak semangkuk mi MAGGI kegemaran keluarganya.

Yang paling penting ianya sangat mudah untuk disediakan dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah. Semudah ABC!

Kalau korang nak tahu, kunci kepada hidangan yang lazat dan seimbang terletak pada penggunaan bahan-bahan yang ringkas dan menambahkan sentuhan istimewa korang sendiri untuk menyesuaikannya dengan pilihan keluarga masing-masing.

Semuanya dapat disatukan dengan sentuhan kasih sayang!

Mi segera sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia!

Korang tahu tak, yang mi segera MAGGI ini diperbuat daripada 100% gandum Australia yang merupakan sumber karbohidrat dan protein yang baik dan dihasilkan di bawah proses pembuatan yang ketat.

Terdapat juga pelbagai perisa yang lazat termasuk Kari, Asam Laksa, Tom Yam dan Ayam, dengan perisa kari MAGGI yang diperbuat daripada adunan 12 rempah pilihan. Ia kemudian dimasak perlahan-lahan sehingga pecah minyak, mengeluarkan rasa dan aroma khas, rasa kari MAGGI yang tersendiri. Mantap!

Kempen ini juga bertujuan untuk mempromosikan pilihan makanan yang lazat dan sihat melalui penyepaduan 3 elemen teras seperti mi MAGGI sebagai sumber karbohidrat yang baik, bahan-bahan segar dan sudah tentu, sentuhan istimewa ibu.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, korang boleh layari laman web MAGGI  atau Facebook mereka.

SKIP THIS AD ×