Pelakon Hollywood yang baru seminggu dianugerahkan AS$15 juta dalam kes saman fitnah terhadap bekas isterinya, Amber Heard, sekali lagi mencetus fenomena dengan kemunculan sulungnya di laman TikTok.
Johnny membuat kemunculan di laman itu dengan sebuah video dan telah mengumpul lebih 11 juta tontonan dalam masa 14 jam.
Terima kasih pada yang menyokong
Hantaran tersebut mengepilkan klip-klip Johnny melambai kepada para peminatnya, bermain gitar di atas pentas, dan menulis menggunakan ‘typewriter’. Turut dilampirkan, sebuah kapsyen yang menyentuh hati.
Untuk semua yang paling saya hargai, setia, dan penyokong yang tidak berbelah bahagi. Kita telah ke semua tempat bersama, kita telah melihat semuanya bersama. Kita telah berjalan di jalan yang sama bersama. Kita buat perkara yang betul bersama, semua kerana anda semua kisah. Sekarang, kita akan maju ke hadapan bersama.
Tiada kata mampu ungkapkan rasa terima kasih ini. Terima kasih. Sayang & hormat, JD.
Jumlah tontonan dan pengikut yang telah Johnny terima bukanlah sesuatu yang mengejutkan ekoran klip-klip perbicaraan mahkamah yang telah trending sejak berbulan lepas.
@johnnydepp To all of my most treasured, loyal and unwavering supporters. We’ve been everywhere together, we have seen everything together. We have walked the same road together. We did the right thing together, all because you cared. And now, we will all move forward together. You are, as always, my employers and once again I am whittled down to no way to say thank you, other than just by saying thank you. So, thank you. My love & respect, JD
Terdahulu, bintang Pirates Of The Caribbean itu dianugerahkan AS$15 juta dalam kes saman fitnah terhadap bekas isterinya. Mahkamah bagaimanapun mendapati pelakon itu dan Amber Heard saling bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah antara satu sama lain, dan Amber menerima ganti rugi AS$2 juta dalam saman balasnya.
Sumber: Tiktok @johnnydepp