Ibu kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohammed mengulas tentang hantaran foto berwarna hitam putih yang memaparkan jeriji besi yang dimuat naik anaknya di Instagram Stories, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Rasa Macam Terkurung Ketika Berpantang, Neelofa Minta Pandangan Dari Orang Ramai
Ingat proses berpantang seronok
Menyifatkan situasi itu normal buat Neelofa yang sebelum ini ligat bekerja. Kata Noor Kartini, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor sedang membiasakan diri dengan kehidupan baru bersama anak lelakinya, Muhammad Bilal.
Biasalah, dia sebelum ini adalah seorang yang aktif. Dia nak terima situasi kena duduk di rumah, tak boleh makan itu dan ini, semua itu mungkin buat dirinya rasa terkejut. Dia pernah cakap pada saya dan ingat yang berpantang ini seronok.
Macam pergi spa atau berurut. Tapi rupanya tidak. Contoh kalau anak menangis, lambat sikit susu, anak tak tidur malam pun satu pengalaman baru untuk dia. Nama pun pertukaran alam baru.
Semua itu mengambil masa untuk beradaptasi. Tapi nampaknya sekarang dia dah mulai faham dan pandai buat. Satu tentang Neelofa, dia cepat belajar.
Dah ada pengalaman jaga anak kecil
Dalam pada itu, Noor Kartini menyatakan dia tetap berkongsi ilmu bagi memudahkan proses berpantang bekas hos MeleTOP biarpun sudah ada confinement lady (pembantu pantang).
Walaupun ada confinement lady, sebagai ibu, saya tetap memberikan tunjuk ajar dan panduan cara-cara berpantang. Pakai stokin tebal-tebal, duduk melunjur dan sebagainya.
Dia sebenarnya sudah tahu nak jaga budak sebab sebelum ini pun sudah biasa jaga anak-anak buahnya. Malah, selepas tamat sekolah dulu pun, dia yang jaga adiknya Faliq.
Cuma adakala, kena diingatkan sebab tempoh 9 bulan mengandung dengan sebulan nak berpantang ini, perasaannya tak sama. Kena berpantang betul-betul.
Untuk info, Neelofa melahirkan Muhammad Bilal pada tanggal 29 Januari 2022.
Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pencetus ummah dan penceramah bebas, Muhammad Haris Ismail pada 27 Mac 2021.